Hii King Chiong : Bapa Sentiasa Menasihati Saya Agar Membantu Orang Lain

05.03.2015-- Mendiang bapa saya sentiasa menasihati saya : Selepas anda memperolehi wang, anda mesti membantu mereka yang memerlukannya untuk mengatasi masalah mereka.” Dato Hii King Chiong, anak mendiang Datuk Hii Yu Peng, berkongsi pengalaman dalam testimoninya bagi pihak ahli-ahli keluarga pada upacara pengebumian di Gereja Methodist Masland di Jalan Pulau.

Hii berkata bahawa bapanya telah membantu ramai orang tanpa sepengetahuan orang lain selama puluhan tahun lamanya daripada mana beliau mempelajari moral mulia untuk menjadi seorang insan baik. “Kadangkala bapa memberitahu saya jangan biarkan ibu tahu kerana tidak ingin membimbangkannya. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, ibu juga menasihati saya dari semasa ke semasa agar sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.”

Hii menyatakan bahawa pada 2:40 pagi pada 3 Mac 2015, ahli-ahli keluarga termasuk dirinya dan isteri, ibu, adik-adik perempuan, adik-adik ipar dan makcik-makcik berkumpul mengelilingi bapanya yang berbaring di atas katil.

“Saya meletakkan tangan kiri saya di atas dadanya dan berkata, Papa, rehatlah, Tuhan sedang menunggu anda. Beliau meninggalkan kami pada 3:33 pagi.”

Mengimbas kembali detik-detik itu semasa testimoninya, Hii terhenti beberapa kali kerana sembilu dan cuba mengawal kedukaannya. Kesedihan beliau sangat terasa oleh mereka yang hadir.

Bagi pihak keluarganya, Hii mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudari di dalam Kristus, saudara-mara dan kawan-kawan dalam menyanyikan lagu-lagu Kristian dan berdoa untuk bapanya yang benar-benar menggembirakan bapanya.

"Kami dengan ikhlasnya berterima kasih kepada semua untuk kasih sayang dan sokongan anda kepada ibu bapa saya selama ini. Terima kasih kepada ibu saudara, adik ipar dan adik-adik perempuan saya kerana menemani ibu saya untuk melawat bapa saya setiap hari. Terima kasih kepada kawan-kawan atas keberkatan mereka melalui doa-doa dan lagu-lagu Kristian.”

Dalam jamuan makan selepas upacara pengebumian, keluarga Hii juga berkata sumbangan derma akan diberi kepada pelbagai persatuan dan kumpulan tidak lama lagi.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1770","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"269","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]