Hii King Chiong Akan Merasmikan Majlis Pembukaan Konsert Sekolah Menengah Pei Min

18.06.2015--Sekolah Menengah Pei Min akan menganjurkan Konsert Sekolah Menengah Pei Min untuk 2 malam berturut-turut pada jam 6:30 petang, 19 & 20 Jun 2015 di Dewan Suarah Miri.

Dato Hii King Chiong akan merasmikan majlis pembukaan konsert tersebut dan kehadiran beliau pasti akan menambah warna kepada majlis tersebut.

Hii ialah Pengerusi Lembaga Kehormat Sepanjang Hayat Sekolah Menengah Pei Min. Beliau sentiasa memberi sokongan yang kuat kepada pendidikan Cina selama ini dan terkenal sebagai “Pejuang Pendidikan Cina” di kalangan komuniti tempatan.

Selain itu, beliau juga seorang dermawan dan selalu melakukan yang terbaik untuk membantu orang yang memerlukannya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Hii telah dianugerahkan gelaran Dato sebagai pengiktirafan yang sewajarnya sempena Sambutan Perayaan Hari Jadi Ke-92 Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2006","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"282","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]