Berkhidmat Untuk Masyarakat..

25.01.13--Datuk Bandaraya Miri, Kr Lawrence Lai pagi ini telah menjemput En Hii King Chiong untuk sama - sama turut serta meninjau beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini.

Antara kawasan yang dilawati ialah Tamu Pujut Korner, kawasan perumahan Desa Pujut 2, Pasar Lutong dan Kpg Merikan.

Agenda utama lawatan kerja ini adalah untuk meninjau perkembangan terkini beberapa projek yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC). Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk menerima maklum balas mengenai masalah - masalah terkini yang dihadapi penjaja - penjaja dan masyarakat am nya.

“Kami berterima kasih kepada MBM dan juga PKM HKC yang telah banyak membantu penjaja - penjaja di sini. Sekarang tempat ini lebih selesa dan ianya memberi pulangan yang memuaskan kepada kami. Pendapatan harian kami meningkat berbanding sebelum ini”, jelas Hj Said Pengiran Puit ketika diminta mengulas mengenai usaha murni MBM dan PKM HKC.

Seterusnya rombongan En Hii melawat kawasan perumahan Desa Pujut 2 di Permyjaya untuk bertemu En Philip Sidadum yang mengadu mengenai keadaan jalan di hadapan rumahnya.Beliau memohon agar pihak MBM segera membaiki jalan tersebut.

Sementara itu penduduk - penduduk Jalan Greenville, Kpg Merikan pula memohon jasa baik MBM dan PKM HKC untuk menaik taraf jalan dan juga memperbaiki sistem perparitan di sekitar kawasan tersebut. Menurut salah seorang penduduk En Lim Kai Yi, kawasan tersebut sering dilanda banjir kilat akibat daripada sistem perparitan yang kurang sempurna.

Beliau menjelaskan, “sejak 15 tahun yang lalu kawasan ini sering dilanda banjir kilat dan kami telah beberapa kali mengadu kepada pihak - pihak berkenaan tetapi tiada tindakan positif dilakukan. Beberapa hari yang lalu kami telah menghubungi En Hii dan memberitahu beliau mengenai masalah yang kami hadapi. Kami hargai usaha beliau untuk datang ke sini dan mendengar masalah kami”.

Pihak MBM dengan kerjasama PKM HKC akan meneliti masalah tersebut dan tindakan segera akan dilaksanakan secepat mungkin.

Turutserta dalam lawatan ini ialah Kr Lawrence Kong, Kr Keith Chin, Kr Hjh Lela Muhamad, Kr Hjh Khadijah Hj Muip, pegawai - pegawai kanan MBM dan kakitangan PKM HKC.

Kedatangan rombongan En Hii telah disambut mesra oleh Pengerusi serta ahli - ahli jawatankuasa Persatuan Gabungan Penjaja - Penjaja Bersekutu Miri.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"467","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En Hii dan Kr Lawrence bersama - sama penjaja dan ahli - ahli rombongan mengabadikan gambar kenangan ketika melawat Tamu Pujut Korner.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"468","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

Hj Sait sedang memberi taklimat kepada rombongan En Hii mengenai masalah yang dihadapi oleh penjaja - penjaja Tamu Pujut.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"469","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

Terima kasih En Hii..seorang penjaja sempat beramah-mesra dengan En Hii.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"470","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

En Philip (5 kanan) menjelaskan mengenai keadaan jalan di hadapan rumahnya di Desa Pujut 2

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"471","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

En Hii menerima surat permohonan daripada En Lim Kai Yi untuk menaiktaraf jalan dan memperbaiki sistem perparitan di sekitar Jalan Greenville.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"472","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Banjir kilat kerap melanda kawasan ini akibat daripada sistem perparitan yang kurang sempurna.