Apa Yang Wakil Rakyat Tidak Boleh Buat, Saya, Hii King Chiong “Boleh”!
29.03.2015--Ketua pasukan khidmat Majulah Miri, Dato Hii King Chiong, berkata ia adalah tanggungjawab kumpulan khidmat sosial untuk menyelesaikan masalah rakyat! Beliau akan sentiasa mendahulukan rakyat dan memberi bantuan setinggi-tinggi kemampuannya.
Hii, bersama-sama dengan pasukan khidmat, hari ini membuat pemeriksaan ke atas Jalan 88 Off Jalan Riam yang baru dinaik taraf. Beliau memberi penghargaan ke atas kerja efisien kontraktor yang membolehkan para penduduk menikmati jalan raya yang dinaik taraf dan suasana pemanduan yang lebih selamat lebih awal dari yang dijadualkan.
Beliau berkata kerja menaik taraf jalan akses satu km itu hanya mengambil masa empat hari untuk disiapkan dan seterusnya menyelesaikan masalah infrastruktur jalan raya selama lebih 30 tahun itu. Ini telah berjaya dicapai melalui ‘kepercayaan’. Beliau berharap para pengguna akan menggunakan jalan raya itu dengan berhati-hati supaya semua orang dapat menikmati dan menerima manfaat daripadanya.
Sementara itu, Hii juga berterima kasih kepada para penduduk di atas notis ucapan terima kasih mereka di dalam suratkhabar. Beliau menjelaskan bahawa beliau hanya mahu membantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat.
“Jika bukan kerana ketidakupayaan wakil-wakil rakyat dan majlis tempatan dalam menaik taraf jalan raya tersebut, saya tidak akan berpeluang untuk membuat sumbangan kepada para penduduk Riam. Apa yang penting bukannya siapa yang telah membantu tetapi sebaliknya ialah mencari penyelesaian kepada masalah dan meningkatkan suasana kehidupan untuk rakyat.”
Walau bagaimanapun, beliau amat berterima kasih kepada majlis bandaraya dan kaunselor Bruce Chai kerana mengambil tindakan untuk pemangkasan pokok-pokok bertumbuh besar di sepanjang tepi jalan.
Hii menekankan kepentingan “niat baik” dalam bidang perniagaan dan juga perkhidmatan sosial. Sikap yang sama diamalkan oleh pasukan khidmat Majulah Miri dalam perkhidmatan mereka, sentiasa mendahulukan rakyat dan memberi penekanan kepada prestasi.
Beliau berkata janji yang dibuat mesti ditunaikan untuk menunjukkan niat baik. Kata-kata tidak bermakna tanpa tindakan.
Beliau berkata terdapat banyak masalah kehidupan terkumpul selama berdekad-dekad di Miri dan isu Jalan 88 Off Jalan Riam hanyalah salah satunya. Oleh itu, beliau berharap wakil-wakil rakyat dan kerajaan tempatan boleh bekerjasama dengan pasukan khidmat Majulah Miri kerana pusat khidmat mempunyai sumber yang terhad dan perkara-perkara tertentu memerlukan kuasa wakil-wakil berkenaan untuk mengambil tindakan seterusnya.
Hii berjanji kepada rakyat bahawa beliau tidak akan mengabaikan masalah-masalah kehidupan mereka dan akan memberi bantuan setinggi-tinggi kemampuannya. Sokongan rakyat merupakan sumber motivasi beliau.
Jalan 88 telah dinaik taraf dengan bantuan Hii dan kaunselor Bruce Chai. Pembinaan telah dimulakan pada hari Isnin (23 Mac 2015) dan disiapkan pada hari Khamis (26 Mac 2015), tiga hari lebih awal dari masa yang dijangkakan.
Para penduduk amat berterima kasih kepada Hii kerana beliau membuktikan bahawa ‘tindakan bercakap lebih kuat daripada perkataan’ dan ‘janji yang dibuat mesti ditunaikan’, dengan penuh gaya kepemimpinan.
Jalan 88 sebelum ini merupakan jalan konkrit dibina sendiri yang sangat sempit. Pembinaan sebelum ini dibiayai sendiri oleh penduduk tempatan. Kini, jalan raya dua lorong baru ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pemanduan di kawasan itu.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1821","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]