01.03.2015--Tetamu kehormat Dato Hii King Chiong berkata De Jiao Hui (Pertubuhan Pembina Akhlak Che Sing Khor) mengintegrasikan lima agama dan kepercayaan utama, iaitu Taoisme, Konfusianisme, agama Buddha, Kristian dan Islam. Beliau percaya ini adalah semangat umat manusia dalam bergerak menuju ke arah persamaan menerusi tindakan praktikal, pendidikan diri, penerimaan penganut-penganut agama yang berbeza, rasa saling hormat-menghormati dan usaha untuk kemakmuran bersama.