Berita Melayu

Hii King Chiong : Tidak Kira Siapa Yang Memberi Bantuan, Yang Paling Pentingnya Masalah Rakyat Dapat Diselesaikan

10.04.2015--Selepas Majulah Miri membuat lawatan dan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap permintaan penduduk Kampung Lopeng Tengah untuk sebuah bilik jenazah di Surau Darul At-Taqwa, perkara itu akhirnya mendapat perhatian wakil rakyat. Dato Hii King Chiong berasa lega dan berharap kerja pembinaan akan dimulakan secepat mungkin untuk memudahkan kehidupan penduduk kampung.

Hii King Chiong : Kerajaan Harus Melabur Dalam Pembangunan Penjaja & Peniaga Kecil Yang Memberi Sumbangan Besar

03.04.2015--Majlis pelancaran “Skim Mikro Kredit Penjaja dan Peniaga Cina” di Jalan Alor kelmarin telah menarik minat para wakil penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara untuk menghadiri dan menyaksikan upacara besar itu.

Hii King Chiong : Perkhidmatan Tanpa Sempadan, Sentiasa Dahulukan Rakyat!

31.03.2015--Ketua pasukan Majulah Miri, Dato Hii King Chiong, berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri adalah untuk menjaga keperluan rakyat secara menyeluruh dan bukannya bagi para wakil rakyat menjaga kepentingan kawasan sendiri. Beliau juga menerangkan bahawa jika para wakil rakyat telah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa mendahulukan rakyat, Majulah Miri tidak perlu diasaskan sama sekali.

Apa Yang Wakil Rakyat Tidak Boleh Buat, Saya, Hii King Chiong “Boleh”!

29.03.2015--Ketua pasukan khidmat Majulah Miri, Dato Hii King Chiong, berkata ia adalah tanggungjawab kumpulan khidmat sosial untuk menyelesaikan masalah rakyat! Beliau akan sentiasa mendahulukan rakyat dan memberi bantuan setinggi-tinggi kemampuannya.

Persatuan Penganut Sha Jiang Miri Mengadakan Majlis Sambutan Pengasasan Persatuan, Hii King Chiong Dijemput Sebagai Tetamu Kehormat

28.03.2015--Persatuan Penganut Sha Jiang Miri telah diluluskan dan didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada bulan Julai 2014. Majlis angkat sumpah pelantikan ahli jawatankuasa pertama merangkap sambutan makan malam pengasasan persatuan akan diadakan di Restoran Boulevard pada jam 6:30 petang pada 6 Mei 2015.

Para Penduduk Berterima Kasih Kepada Hii King Chiong Atas Penaiktarafan Jalan 88 Off Jalan Riam

27.03.2015--Para penduduk Jalan 88 Off Jalan Riam menyatakan rasa terima kasih kepada Dato Hii King Chiong dan kaunselor Bruce Chai atas penunaian janji menaik taraf Jalan 88 dan seterusnya menyelesaikan masalah infrastruktur jalan raya selama 30 tahun itu.

Hii King Chiong : Permintaan Rakyat Tidak Boleh Diabaikan, Para Penduduk Berhak Menikmati Infrastruktur Jalan Raya Yang Baik

23.03.2015--Agar para penduduk Riam dapat menikmati infrastruktur jalan raya yang lebih baik, walaupun jika wakil-wakil rakyat dan majlis tempatan tidak mengambil sebarang tindakan, saya, Hii King Chiong, tidak akan mengabaikan permintaan rakyat.”

Hii King Chiong Menyeru Ahli-Ahli Agar Memupuk Pemikiran Dan Sikap Yang Rasional

16.03.2015--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Cina Miri, Dato Hii King Chiong, menyeru ahli-ahli persatuan agar memupuk pemikiran dan sikap yang rasional terhadap kemajuan kebudayaan negara berbilang kaum, perpaduan rakyat dan toleransi terhadap agama-agama di samping menggalakkan kebudayaan Cina.

Hii King Chiong: Lensa Merakam Detik-Detik Dan Imej-Imej, Jurugambar Ialah Saksi Kepada Sejarah!

15.03.2015--Detik-detik dan imej-imej yang dirakam oleh lensa akan menjadi rekod sejarah pada masa depan; jurugambar ialah saksi kepada sejarah dan ramai orang ternama merakamkan kerja-kerja istimewa mereka melalui lensa.”

Pages