Berita Melayu

Cawangan-cawangan UPP Memberi Sokongan Penuh Kepada Hii King Chiong

15.04.2016--Dato Hii King Chiong telah meletak jawatan daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan akan berdiri sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN) di kerusi Pujut. Keempat-empat cawangan UPP di Miri telah menyatakan sokongan penuh kepada Hii.

Hii King Chiong Membuat Pemeriksaan Projek Pembinaan Jalan Di Wisma Amal

26.03.2016--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini membuat pemeriksaan projek pembinaan jalan yang telah siap di premis Badan Kebajikan Islam Miri (Amal).

Majulah Miri Menyumbang RM200,000 Kepada Dana Pembinaan Surau

26.03.2016--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini memaklumkan sumbangan RM200,000 kepada Surau Abu Bakar As-Siddiq Desa Senadin sebagai dana pembinaan surau.

Hii King Chiong Berjanji Membantu Menyelesaikan Masalah Pasar Ikan Batu Satu

21.03.2016--Pengasas Majulah Miri dan pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong berjanji akan menggantikan bumbung pasar ikan di Kampung Batu Satu, Kuala Baram selepas lawatan pemeriksaannya. Beliau juga berjanji akan membantu menyelesaikan masalah parit tersumbat di pasar tersebut.

Hii King Chiong Menghubungi MBM Untuk Menyelesaikan Masalah Lutong Waterfront

21.03.2016--Majulah Miri, Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah-masalah Lutong Waterfront yang terletak di belakang kedai-kedai komersial Lutong, di antaranya memenuhi permintaan untuk menambah tong sampah, membersihkan parit dan memangkas pokok.

Majulah Miri Membantu Menambah Baik Gelanggang Bola Keranjang Lutong

21.03.2016--Majulah Miri, Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan membantu membaiki lampu, memangkas pokok dan menambah kerusi rehat di Gelanggang Bola Keranjang Lutong berikutan permintaan para peminat bola keranjang tempatan yang sebelum ini meminta bantuan daripada wakil-wakil rakyat tetapi tidak berhasil.

Hii King Chiong : Lawatan Ke Lutong Kerana Keperluan Rakyat, Bukan Kerana Pilihan Raya Negeri

21.03.2016--Pengasas Majulah Miri dan pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong menjelaskan bahawa lawatannya ke Lutong adalah kerana permintaan rakyat untuk bantuan dan tiada kena-mengena dengan politik.

Hii King Chiong Menggesa Semua Pihak Agar Membendung Prejudis Untuk Kebaikan Masyarakat Cina

09.03.2016--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong berkata pecahan antara kumpulan etnik dan parti-parti politik telah menjejaskan dengan seriusnya perpaduan masyarakat Cina. Beliau berharap semua pihak boleh membendung prejudis, mengetepikan permusuhan dan bekerjasama demi masa hadapan yang lebih baik.

Hii King Chiong Berjanji Kepada Badan Kebajikan Islam Miri Akan Menurap Jalan Dengan Tar

09.03.2016--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini membuat pemeriksaan ke atas projek pembinaan jalan di kawasan premis Badan Kebajikan Islam Miri (Amal) di Piasau dan juga berjanji akan menurap jalan dengan tar berikutan permintaan jawatankuasa Amal.

Hii King Chiong Menyeru Para Peniaga Wireless Walk Berdamai

03.03.2016--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penjaja-Penjaja Bersatu Miri Dato Hii King Chiong bertindak sebagai pendamai bagi menyelesaikan masalah di kalangan peniaga di Wireless Walk.

Pages