Berita Melayu

Rintihan Masyarakat Didengari..

24.12.12.- Dalam memenuhi jadual sarapan paginya, En.Hii King Chiong hari ini singgah sebentardi Pasar Terbuka Miri sambil beramah mesra dengan penjaja - penjaja dan juga orang ramai yang berkunjung ke sini.

90% Siap - Terima Kasih MBM

22.12.12. - Pada bulan November lepas Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sk Lutong telah membuat permintaan daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk menaiktaraf jalan berhampiran sekolah tersebut.

Tetamu Kehormat - Rumah Terbuka Krismas BEM Komuniti Lutong.

22.12.12. -  En. Hii King Chiong pagi ini telah diberi sambutan meriah oleh ahli - ahli Borneo Evangelical Mission (BEM) Komunity Gereja Lutong. Beliau merupakan tetamu kehormat majlis yang julung - julang kali diadakan ini.

Kawasan Baru Penjaja Berwajah Baru

Penjaja - penjaja makanan panggang yang ketika ini menjalankan perniagaan mereka di kawasan letak kereta Tamu Pujut akan mula berniaga di kawasan yang baru tidak lama lagi. Ini dijelaskan oleh Datuk Bandaraya Miri Kr Lawrance Lai ketika meninjau kawasan tersebut pagi ini.

Keselesaan Mempertingkatkan Keuntungan...

20.12.12--Penjaja - penjaja Pasar Malam Saberkas dan juga pengunjung - pengunjung pasar malam tersebut akan menikmati pasarana yang lebih selesa apabila kerja - kerja pemasangan atap siap sepenuhnya tidak lama lagi. Projek pemasangan atap yang bernilai hampir RM400 ribu ini telah diumumkan oleh Datuk Bandaraya Miri (MBM) Kr Lawrance Lai ketika melawat tapak projek pagi tadi. Turut bersama beliau ialah pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) En.Hii King Chiong.

Kawasan Letak Kereta Diperluaskan

20.12.12--Permohonan ahli - ahli Persatuan Pengamal Ba'at Sen Miri untuk menambah kawasan letak kereta telah mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Datuk Bandaraya Miri (MBM), Kr Lawrance Lai.

Naiktaraf - Tadika Krokop

20.12.12--En.Hii King Chiong, pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) dan Datuk BandarMajlis Bandaraya Miri (MBM) Kr. Lawrance Chia hari ini membuat lawatan kerja ke beberapa lokasi disekitar Bandaraya Miri.Tujuan utama lawatan kerja ini ialah untuk meninjau dengan sendiri projek - projek usahasama antara MBM dan PKM HKC yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Malam Bersama Media - Tingkatkan Tanggungjawab Dan Responsif.

17.12.12--Pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) En. Hii King Chiong hari ini berkata dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan dan sokongan masyarakat terhadap mediamasa, para penggiat media haruslah menanam sikap bertanggungjawb dan bertindak balas dengan segera dalam menyalurkan bahan - bahan berita.

Jalan Ini Akan Berwajah Baru - Jln Simpang 4 Kpg Pasir, Lutong

Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong yang diterajui oleh ahli perniagaan dermawan, En Hii King Chiong telah bersetuju untuk menaiktaraf jalan Simpang 4 dan beberapa jalan di sekitar Simpang 3 Kpg.Pasir.

Majlis Perhargaan, Kpg Pasir, Lutong -

Penduduk Kpg. Pasir Simpang Tiga hari ini telah menganjurkan majlis perhargaan untuk En. Hii King Chiong yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah - masalah yang dihadapi oleh penduduk Kpg Pasir. Majlis ini dihadiri hampir 100 orang dari Kpg Pasir Simpang 3 & Simpang 4 dan juga penduduk kampung lain dari sekitar Miri.

Pages