Berita Melayu

Upacara Penyerahan Peralatan Perubatan Di HUM

07.06.13--Ahli perniagaan termuka, En. Hii King Chiong pagi telah menyerahkan satu unit peralatan perubatan kepada Hospital Umum Miri (HUM).

Jambatan Baru Tudan Fasa 5 - Desa Pujut..

15.04.13--“Khidmat masyarakat yang saya dan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) laksanakan ketika ini tiada hubungkait dengan pilihanraya umum yang akan datang. Samada saya dipilih menjadi calon ataupun tidak, khidmat kami akan sentiasa diteruskan. Saya akan tetap membantu masyarakat Miri samada kaum Cina maupun Bumiputera. Saya lakukan usaha ini bukan untuk mendapat pujian ataupun untuk menjadi ahli yang berhormat tetapi saya lakukan usahan murni ini semata - mata ingin menabur bakti kepada masyarakat Miri”,jelas usahawan dan dermawan tempatan, En.Hii King Chiong ketika ditanya pemberita mengenai khabar angin yang mendakwa beliau akan dicalonkan untuk kerusi Parlimen P219 Miri.

Lawatan Ke Pasar Miri

08.03.13--En.Hii King Chiong pagi ini telah mengadakan lawatan ke beberapa pusat penjaja di sekitar Bandaraya Miri pagi.

Pecah Tanah - SJKC Chiaw Nam

En.Hii King Chiong yg juga merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga SJKC Chiaw Nam pagi ini melawat tapak sekolah tersebut di Taman Tunku. Pembinaan sekolah ini adalah bagi menggantikan bangunan sekolah yg sediada di Marudi.Menurut En.Hii, sekolah yang mempunyai 4 blok bangunan pembelajaran serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas akan dibina secara berperingkat. Dalam fasa pertama pembinaan, sebuah blok yg mengandungi 18 bilik darjah akan dibina di atas tanah seluas 10 ekar ini.

Project Pembinaan Jalan Raya Berkembar

12.03.13--Dalam satu sidang media pagi ini, En.Hii King Chiong memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Miri khususnya pengguna ~ pengguna jalanraya di atas kelewatan projek pembinaan jalan raya berkembar yang menghubungkanTaman Tunku dengan Bandaraya Miri dan kawasan sekitarnya.

Bantuan Rumah Rakyat Terlaksana Dengan Jayanya...

11.03.13-- “Saya tidak akan melupakan budi dan jasa baik En.Hii King Chiong dan kenang sehingga akhir hayat saya. Saya sangat terhutang budi dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau. Tanpa sumbangan beliau kami sekeluarga tidak akan mampu untuk mendirikan sebuah rumah baru seperti ini. Saya telah beberapa memohon rumah bantuan rakyat termiskin daripada pihak - pihak terbabit tetapi semua permohonan saya ditolak. Saya kemudian memohon bantuan ehsan En.Hii semasa beliau melawat kampung ini bulan November tahun lepas dan beliau bersetuju untuk menyalurkan bantuan. Hari ini saya merasa sangat bersyukur.”

Naik Taraf Di Tudan Fasa 3~5

07.03.13--Setelah menanti selama 10 tahun harapan penduduk - penduduk Tudan Fasa 3,4 dan 5 untuk mendapatkan sebuah jambatan yang lebih besar kini bakal menjadi kenyataan.

Prihatin Kepada Masalah Masyarakat..

06.03.13--Dengan kerjasama En. King Chiong Hii permohonan penjaja-penjaja Pasar Malam Saberkas untuk mendapat kanopi tambahan & mengecat keseluruhan lantai tapak pasar malam telah diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM). Ini diumumkan oleh Datuk MBM, Kr Lawrance Lai pagi ini ketika mengiringi En.Hii ke tapak Pasar Malam berkenaan.

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

23.02.13--Hampir 20 ribu pengunjung daripada berbilang kaum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina En.Hii King Chiong semalam. Beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka adalah pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC). Majlis ini telah dikendalikan bersama oleh Fonsen Group of Companies iaitu sebuah syarikat perniagaan milik En.Hii.

Lawatan Ke Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Methodist

07.02.13--Penyelia, sukarelawan, kakitangan serta penghuni - penghuni Rumah Kebajikan Kanak - Kanak Methodist (Methodist Children Home) merasa sungguh gembira dan bertuah kerana pagi ini mereka telah didatangi seorang dermawan terkemuka iaitu En. King Chiong Hii serta rombongan.

Pages