Berita Melayu

Hii King Chiong : Bekerjasama & Berkembang, Komuniti Cina Harus Berusaha & Membentuk Matlamat Yang Sama

2.11.2014--Dato Hii King Chiong percaya bahawa kem latihan kepimpinan merupakan aktiviti yang sangat praktikal dan berkesan. Beliau berharap agar lebih banyak program latihan sebegini dianjurkan bagi memacu persatuan-persatuan Cina untuk bekerjasama dan berkembang dan masyarakat Cina untuk berusaha dan membentuk matlamat yang sama demi hubungan interaktif yang baik.

Hii King Chiong: Menyanyi Mempunyai Potensi Besar, Penyanyi Malaysia Mampu Menjadi Bintang Terkenal.

24.10.2014--Presiden Kehormat Persatuan Kebudayaan Harmoni Miri Dato Hii King Chiong percaya bahawa menyanyi mempunyai ruang potensi yang besar untuk pembangunan di Malaysia berbandingkan Hong Kong, Taiwan dan negara-negara lain. Dengan usaha bersepadu dalam menemui dan memupuk bakat-bakat, penyanyi tempatan mampu menjadi bintang terkenal antarabangsa.

Pusat Baru PIBAKIS Selesai 50% – Dato Hii King Chiong Berpuas Hati Dengan Progress Pembinaan

18.10.2014--Pembinaan pusat baru PIBAKIS di bawah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri telah selesai 50%. (PIBAKIS ialah Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa Miri.) Dato Hii King Chiong, pengerusi jawatankuasa pembinaan bangunan, merayu kepada orang ramai yang penyayang untuk memberi bantuan dan sokongan penuh. Ini akan memastikan pembinaan dapat disiapkan secepat mungkin dan seterusnya menaiktaraf suasana pembelajaran kanak-kanak istimewa.

Dato Hii King Chiong Dijemput Sebagai Tetamu Kehormat Majlis Penutupan Kem Latihan Pemimpin-Pemimpin Persatuan Cina

18.10.2014--Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri Sarawak akan menganjurkan ‘Kem Latihan Pemimpin-Pemimpin Persatuan Cina Ke-6’ dua hari berturut-turut pada 1hb dan 2hb November (Sabtu dan Ahad) dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri dengan tema ‘Kepimpinan Kreatif, Keyakinan Membuat Keputusan’.

Jualan Amal Bagi Pengumpulan Dana SJK(C) NorthMiri

4.10.2014--Dato Hii King Chiong amat terharu dengankehadiran orang ramai ke jualan amal bagi pengumpulan danayang menunjukkan sikap keprihatinan dan kasih sayangterhadap SJK(C) North Miri.

Kunjungan Hari Raya

09.08.13--Para Hari Raya kedua, En.Hii King Chiong turut memeriahkan suasana hari raya dan beliau sempat menziarahi beberapa kenalan rapat beliau.

Hii mengagih-agih Bubur Lambuk kepada pengunjung

12.07.13-- Sempena dengan Ramadan Al-Mubarak, ahli perniagaan yang terkenal dengan sifat dermawan iaitu En.Hii King Chiong telah mengagih-agih bubur lambuk kepada pengunjung serta orang ramai di Pasar Ramadan Stadium Tertutup Miri. 

Peranan PIBG Antara Tunggak Kejayaan....

06.07.13--Peranan proaktif Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar samada dalam bidang akademik maupun kokurikulum.

Lawatan Ke Kampung Merikan

Beberapa bulan lepas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC)menerima aduan daripada penduduk Kampung Merikan mengenai masalah perparitan di kawasan ini. Menurut mereka, setiap kali hujan lebat air akan membanjiri kawasan ini dan ianya membawa kesukaran kepada penduduk kerana jalan utama ke kawasan perumahan ini akan dibanjiri air akibat daripada sistem perparitan yang kurang sempurna.

Jambatan Baru Tudan 5 - Terima kasih En.Hii....

22.06.13--"Saya bagi pihak penduduk Tudan Fasa 5 dan Desa Pujut Permyjaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Hii King Chiong kerana dengan usaha gigih  beliau, harapan kami untuk mendapat jambatan baru kini menjadi kenyataan", jelas Ayahanda Lias Julaihi ketika mengiringi ahli perniagaan terkemuka En.Hii King Chiong melawat perkembangan terkini projek pembinaan jambatan baru Tudan 5 hari ini.

Pages