Berita Melayu

Hii King Chiong : Pertandingan Menyanyi Telah Menjadi Satu Aktiviti Kumpulan Dan Menggalakkan Keharmonian & Perpaduan Sosial

20.11.2014--Presiden Kehormat Sepanjang Hayat Pertubuhan Muzik Miri Dato Hii King Chiong berkata bahawa pertandingan menyanyi telah menjadi satu aktiviti kumpulan dan sebahagian penting dalam kehidupan sosial. Ia membawa kegembiraan dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan sosial.

Hii King Chiong : Kesihatan Adalah Kekayaan, Banyaklah Bersenam Untuk Kesihatan

19.11.2014--Presiden Kehormat Dan Penasihat Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang Dato Hii King Chiong berkata bahawa kesihatan adalah kekayaan yang paling besar. Seseorang mesti sentiasa bersenam untuk kesihatan. Latihan Senaman Hexiang Zhuang Qigong secara konsisten boleh membawa kesihatan dan kegembiraan.

Hii King Chiong: Penjaja-Penjaja Merangsang Tenaga Ekonomi Dan Kami Tidak Boleh Hidup Tanpa Anda!

18.11.2014--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan, Persatuan Penjaja Bersatu Sarawak dan Persatuan Penjaja-Penjaja Bersatu Miri Dato Hii King Chiong berkata para penjaja dihormati di atas perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan sumbangan mereka terhadap tenaga ekonomi. Para penjaja membekalkan barangan keperluan dan membolehkan masyarakat menyediakan hidangan makan dan minum. Tanpa mereka berupa satu bencana dan inilah sebabnya Hii sentiasa memberitahu rakan-rakan penjaja, “Kami tidak boleh hidup tanpa anda!”.

Hii King Chiong : Toleransi dan Keprihatinan Adalah Daya Penggerak Terbesar Keharmonian & Kemajuan Sosial

18.11.2014-- Toleransi dan keprihatinan adalah daya penggerak terbesar dalam keharmonian dan kemajuan sosial. Langkah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan untuk mengumpul dana pendidikan melalui sambutan Hari Penjaja Kebangsaan 1118 adalah satu tindakan yang mulia dan contoh yang baik”, kata Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat persatuan Dato Hii King Chiong dalam ucapannya di mesyuarat kebangsaan wakil-wakil yang ke-42.

Hii King Chiong : Penjaja-Penjaja Memainkan Peranan Penting Dalam Kebudayaan & Kemakmuran Tempatan

18.11.2014--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penjaja Bersatu Sarawak Dato Hii King Chiong berkata bahawa tahap kebudayaan, kemakmuran dan pelancongan tempatan boleh diukur daripada tahap perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh kedai-kedai makan, para peniaga dan penjaja. Oleh itu, perkhidmatan dan sikap para penjaja mempunyai kesan yang besar ke atas pembangunan sebuah masyarakat ikhlas dan mesra.

Hii King Chiong : Setuju Dengan Usaha Ketua Menteri, Menginstitusikan Peruntukan Dana Kepada Sekolah-Sekolah Cina

14.11.2014-- "Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini mengumumkan peruntukan dana kepada sekolah-sekolah Cina dan ini amatlah memberangsangkan semua. Saya berharap kerajaan akan menginstitusikan peruntukan dana untuk pembangunan sekolah-sekolah Cina", kata Pengerusi Lembaga Kehormat Sepanjang Hayat Sekolah Menengah Pei Min (Miri) Dato Hii King Chiong pada majlis tamat persekolahan.

Sambutan 1119 Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang, Dato Hii King Chiong Dijemput Sebagai Tetamu Kehormat

12.11.2014--Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang akan menganjurkan Sambutan 1119 di stesen senaman Pei Min pada jam 7 petang, 19 November 2014  (Rabu) dan telah menjemput Presiden Kehormat Dan Penasihat Persatuan Dato Hii King Chiong sebagai tetamu kehormat majlis sambutan.

Pertandingan Menyanyi Amal Anjuran Pertubuhan Muzik Miri, Dato Hii King Chiong Sebagai Tetamu Kehormat

12.11.2014--Bagi menggalakkan aktiviti kebudayaan dan rekreasi di samping menggalakkan persahabatan dan perangkaian, Pertubuhan Muzik Miri akan menganjurkan 'Piala Cabaran Nyanyian Cina Elit Amal Presiden PBK Hii Teck Yun Cina’ dan 'Piala Cabaran Nyanyian Cina Elit Kanak-Kanak Pengerusi Ting Pang Soon’ pada 21 & 22 November 2014 di Restoran Boulevard, Miri (Tingkat 2).

Hii King Chiong : Hentikan Serangan Antara Parti-Parti, ‘Berkhidmat Untuk Rakyat’ Adalah Objektif Utama

12.11.2014--Pengerusi protem Cawangan Piasau Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Hii King Chiong berkata bahawa seseorang tidak patut mencemarkan orang lain bagi kepentingan peribadi. Asalkan objektif sebenar adalah berkhidmat untuk rakyat, seseorang tidak perlu bimbang dengan kemunculan parti-parti baru atau risau akan kehilangan kuasa.

Upacara Pembukaan Ibu Pejabat UPP Wilayah Utara

12.11.2014--Ibu pejabat Parti Bersatu Rakyat (UPP) Wilayah Utara Sarawak hari ini meraikan upacara pembukaan dan ratusan hadir untuk menyaksikan upacara tersebut.

Pages