Berita Melayu

Dato Hii King Chiong Menghadiri Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Che Lee Khor

Pertubuhan Pembina Akhlak Che Lee Khor menyambut ulang tahun penubuhan ke-32 di Dewan Suarah Miri. Sambutan itu telah menarik penyertaan orang ramai di mana Penasihat Kehormat Dato Hii King Chiong turut hadir.

Persatuan Fotografik Miri Membuat Kunjungan Kepada Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Dato Hii King Chiong

24.01.2015--Berikutan pemilihan jawatankuasa ke-42 Persatuan Fotografik Miri bagi Tahun 2015-2016 pada 18 Januari 2015, presiden baru Encik Sylvester Wong Sin Hee dan ahli-ahli jawatankuasa membuat kunjungan kepada Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Dato Hii King Chiong.

Hii King Chiong: Wang Adalah Sekadar Harta Duniawi, Kesihatan Barulah Paling Bernilai!

18.01.2015--Presiden Kehormat Dan Penasihat Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang Dato Hii King Chiong berkata bahawa wang adalah sekadar harta duniawi dan kesihatan barulah paling bernilai. Beliau berharap semua akan terus berlatih Senaman Qigong Hunyuan Hexiang dan seterusnya mempertingkatkan popularitinya.

Dato Hii King Chiong Dijemput Ke Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Che Lee Khor

Pertubuhan Pembina Akhlak Che Lee Khor akan menganjurkan sambutan ulang tahun penubuhan ke-32    dan telah menjemput Penasihat Kehormat Dato Hii King Chiong untuk menghadiri sambutan tersebut. Sambutan itu akan diadakan di Dewan Suarah Miri (Tingkat 2) pada jam 6:30 petang, 25 Januari 2015 (Ahad).

Dato Hii King Chiong Dijemput Menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri Sarawak

Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri Sarawak yand diwakili oleh presidennya Encik Hii Teck Yun membuat lawatan menjemput Penasihat Kehormat Dato Hii King Chiong & Datin untuk menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru. Majlis tersebut akan diadakan di M Ballroom, Meritz Hotel Miri pada jam 7 petang, 28 Februari 2015 (Sabtu).

Hii King Chiong : Nasib Parti Rakyat Bersatu Di Dalam Tangan Rakyat, Pengundi Penentu Keputusan Sebenar

11.01.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Piasau Dato Hii King Chiong berkata dalam politik, setiap orang berhak mempunyai idea dan pendapat sendiri tetapi pada pendapatnya, nasib UPP berada di dalam tangan rakyat kerana pengundi adalah penentu keputusan yang sebenar.

Datuk Ling Suk Kiong Menderma RM150,000 Kepada PDK Untuk Tujuan Dana Pembinaan Pusat Baru

17.12.2014--Datuk Ling Suk Kiong, penasihat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri, hari ini menyerahkan derma RM150,000 kepada PDK untuk tujuan dana pembinaan pusat barunya.

Majlis Penerimaan Jawatan Ahli-Ahli Jawatankuasa Baru Persatuan Tarian Naga Dan Singa Hong Teck, Datuk Ling Suk Kiong Dijemput Sebagai Tetamu Kehormat

Persatuan Tarian Naga Dan Singa Hong Teck Sarawak Miri akan menganjurkan jamuan meraikan penubuhan persatuan dan majlis penerimaan jawatan bagi jawatankuasa pertama merangkap jamuan Piala Cabaran Boulevard Imperial Mall Miri pada jam 6:30 petang, 30 Disember 2014 di Tingkat 5, Imperial Hotel Miri.Presiden persatuan Dato Hii King Chiong bersama-sama pengerusi persatuan Encik Tay Choon Wei hari ini mengunjungi Datuk Ling Suk Kiong dengan tujuan menjemput beliau sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan upacara penyeliaan dan menitik mata.

Hii King Chiong: Pusat Baru PIBAKIS Bakal Menyediakan Suasana Pembelajaran Berkualiti

14.12.2014--Dato Hii King Chiong, pengerusi jawatankuasa pembinaan bangunan pusat baru PIBAKIS di bawah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri, berkata bahawa menyediakan ruang pembelajaran yang baik untuk kanak-kanak istimewa adalah satu tanggungjawab sosial. Selagi kita menjunjung semangat masyarakat penyayang, tiada apa yang mustahil.

Hii King Chiong: Mengintegrasikan Objektif Parti & Hasrat Rakyat, UPP Memberi Khidmat Sebanyak-banyaknya Kepada Rakyat

23.11.2014--Pengerusi UPP Cawangan Piasau Dato Hii King Chiong berkata jika komuniti Cina dan komuniti-komuniti lain berpecah kerana perbalahan dalaman, maka Parti Rakyat Bersatu (UPP) ingin menyatukan semula rakyat, mengintegrasikan objektif parti dan hasrat rakyat dan sedia memberi khidmat sebanyak-banyaknya kepada rakyat.

Pages