Berita Melayu

Pembinaan Jalan Riam No. 88 Akan Dimulakan, Penduduk Tempatan Rasa Terlega

01.03.2015--Menerusi permintaan bersungguh-sungguh Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong dan para kaunselor, pembinaan Jalan Riam No. 88 (lebih daripada 1 km panjangnya) akan dimulakan tidak lama lagi dan dianggarkan akan siap pada pertengahan tahun. Penduduk tempatan rasa terlega dengan berita ini.

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri Sarawak, Orang-Orang Terkenal Berkumpul Dan Bergembira Bersama

28.02.2015--Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2015 anjuran Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri Sarawak diadakan di Hotel Meritz, Miri dan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.

Dato Hii King Chiong Menyambut Kedatangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke Miri

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud kelmarin datang ke Miri untuk menyertai Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri Sarawak.Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri, beliau dialu-alukan dan disambut oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Piasau Dato Hii King Chiong. Mereka berjabat tangan dan bergaul mesra.

Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dengan Penuh Keprihatinan Mengunjungi Tiga Pertubuhan Kebajikan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

28.02.2015--Sempena sambutan Tahun Baru Cina, keempat-empat cawangan Parti Rakyat Bersatu (UPP) Miri, bersama-sama Persatuan Tarian Naga Dan Singa Hong Teck Sarawak Miri, hari ini mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri, Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Miri dan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Methodist Miri.

Hii King Chiong : Galakkan Pembaharuan Sosial, Datang Kepada Saya Jika Anda Mengalami Masalah

27.02.2015--Persatuan Penganut Ba’at Sen Miri mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada Hari Ke-9 Tahun Baru Cina dan menjemput Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Dato Hii King Chiong sebagai tetamu kehormat.

Sambutan Rumah Terbuka Kaunselor James Hii Sing Lung, Dato Hii King Chiong Dijemput Menyertai

Kaunselor James Hii Sing Lung menjemput kawan-kawan, saudara-mara, ahli-ahli persatuan, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Piasau Dato Hii King Chiong dan komrad-komrad parti ke sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina beliau.

Miri Zhang Shen Welfare Association Menganjurkan Pesta Sambutan Tahun Baru Cina, Menjemput Dato Hii King Chiong Sebagai Tetamu Kehormat

9.02.2015--Miri Zhang Shen Welfare Association yang diwakili oleh Presiden Encik Phang Vui Min dan Pengerusi Penganjur Encik Chong Jun Guan membuat kunjungan kepada Presiden Kehormat Sepanjang Hayat Dato Hii King Chiong dan menjemput beliau untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan 2015 dan sebagai tetamu kehormat untuk pesta sambutan Tahun Baru Cina.

Tokong Naga Laut Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lunh Kung Menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Menjemput Dato Hii King Chiong Sebagai Tetamu Kehormat

7.02.2014--Ahli-ahli jawatankuasa Kuil Naga Laut Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lunh Kung Miri membuat kunjungan kepada Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Dato Hii King Chiong untuk menyampaikan salam selamat Tahun Baru Cina dan menjemput beliau sebagai tetamu kehormat untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina pada 9 Mac 2015.

Dato Hii King Chiong Menghadiri Majlis Menaikkan Rasuk Pusat Baru PIBAKIS PDK

29.01.2015--Pusat baru PIBAKIS di bawah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) mengadakan majlis menaikkan rasuk pada jam 3 petang hari ini sebagai tanda pembinaan memasuki peringkat akhir. Upacara tersebut telah dirasmikan oleh pengerusi jawatankuasa pembinaan bangunan Dato Hii King Chiong.

Hii King Chiong : Merancang Dengan Teliti, Berubah Menerusi Inovasi

25.01.2015--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penjaja-Penjaja Bersatu Miri Dato Hii King Chiong berkata bahawa taraf hidup para penjaja telah meningkat sejajar dengan pembangunan tempatan yang pesat. Sebagai penjaja yang sedar dan bijak, perancangan teliti, perubahan dan inovasi adalah penting.

Pages