Berita Melayu

Hii King Chiong Menyeru Ahli-Ahli Agar Mengekalkan Falsafah Mereka Untuk Membantu Golongan Yang Kurang Bernasib Baik Dalam Mengatasi Kesukaran

15.03.2015--Presiden Kehormat Sepanjang Hayat Miri Zhang Shen Welfare Association, Dato Hii King Chiong, berharap ahli-ahli persatuan akan mengekalkan falsafah mereka untuk memberi perkhidmatan sosial dan membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam mengatasi kesukaran mereka.

Saudara-Mara Dan Kawan-Kawan Menghadiri Upacara Pengebumian Datin Loh Leh Huong

10.03.2015--Rev Kong Chong Ling dari Gereja Methodist Masland berkata Datin Loh Leh Huong sentiasa menyembah Tuhan di gereja dan mendedikasikan dirinya kepada Tuhan. Gereja berterima kasih kepada Tuhan atas pengabdian seumur hidup beliau.

Hii King Chiong : Terokai Kulinari, Nikmati Hidup Penuh “Warna, Haruman Dan Perisa”

10.03.2015--Dato Hii King Chiong berkata bahawa seseorang memerlukan latihan kulinari yang lasak untuk menjadi chef yang berjaya dan popular. Untuk menjadi seorang chef yang hebat, seseorang memerlukan pengetahuan yang banyak, kemahiran kulinari, kesungguhan dan sikap yang baik.

Hii King Chiong : Tokong Naga Laut Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lunh Kung Memainkan Peranan Penting Dalam Keharmonian Sosial Dan Perpaduan Etnik

10.03.2015--Dato Hii King Chiong berkata Tokong Naga Laut Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lunh Kung Miri telah ditubuhkan 37 tahun yang lalu dan menyediakan sebuah tempat ibadat yang menakjubkan kepada para penganut. Ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan keharmonian sosial dan perpaduan etnik selama ini.

Hii King Chiong : Pendidikan Kunci Kepada Pembangunan Negara Yang Berkekalan

08.03.2015--Pengerusi lembaga Tadika Bandar Peranginan Miri Dato Hii King Chiong berkata pendidikan ialah kunci kepada pembangunan negara yang berkekalan. Ratusan tahun yang lalu apabila nenek moyang Foochow dari China datang menetap di Sarawak, selain bekerja keras untuk kehidupan, mereka juga memberi penekanan terhadap pendidikan anak-anak dan sangat mengambil berat tentang pembangunan pendidikan tempatan.

Hii King Chiong: Penjaja Sebagai Barisan Depan Ekonomi, Kejayaan Ekonomi Bergantung Kepada Penjaja

07.03.2015--Dato Hii King Chiong berkata para penjaja dan peniaga adalah kumpulan besar yang penting dan mempunyai pengaruh besar dalam merangsang pasaran aktif dan ekonomi negara. Para penjaja adalah barisan depan ekonomi dan kejayaan ekonomi banyak bergantung kepada mereka.

Hii King Chiong : Bapa Sentiasa Menasihati Saya Agar Membantu Orang Lain

05.03.2015-- Mendiang bapa saya sentiasa menasihati saya : Selepas anda memperolehi wang, anda mesti membantu mereka yang memerlukannya untuk mengatasi masalah mereka.” Dato Hii King Chiong, anak mendiang Datuk Hii Yu Peng, berkongsi pengalaman dalam testimoninya bagi pihak ahli-ahli keluarga pada upacara pengebumian di Gereja Methodist Masland di Jalan Pulau.

Hii King Chiong : Satukan Kumpulan-Kumpulan Etnik, Mainkan Peranan Dalam Perpaduan Negara

06.03.2015-- Saya berharap semua ahli Persatuan Guang Ning Miri boleh bekerjasama dalam menyatukan kumpulan-kumpulan etnik dan memainkan peranan dalam keharmonian sosial dan perpaduan negara untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.”

Hii King Chiong : Kewujudan Bersama Agama-Agama Berbeza, Dunia Menuju Ke Arah Persamaan

01.03.2015--Tetamu kehormat Dato Hii King Chiong berkata De Jiao Hui (Pertubuhan Pembina Akhlak Che Sing Khor) mengintegrasikan lima agama dan kepercayaan utama, iaitu Taoisme, Konfusianisme, agama Buddha, Kristian dan Islam. Beliau percaya ini adalah semangat umat manusia dalam bergerak menuju ke arah persamaan menerusi tindakan praktikal, pendidikan diri, penerimaan penganut-penganut agama yang berbeza, rasa saling hormat-menghormati dan usaha untuk kemakmuran bersama.

Hii King Chiong: Pemeriksaan Adalah Untuk Menjalankan Tanggungjawab Dan Tidak Berkaitan Dengan Pilihan Raya

01.03.2015--Pasukan khidmat Majulah Miri yang diketuai oleh Dato Hii King Chiong menjelaskan bahawa pemeriksaan masalah infrastruktur jalan adalah tidak berkaitan dengan pilihan raya yang akan datang dan adalah semata-mata untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan juga untuk bertindak balas terhadap masalah yang disuarakan oleh para penduduk.

Pages