Berita Melayu

Hii King Chiong Memberi Bantuan Dalam Membesarkan Surau Di Desa Senadin Dan Permohonan Tanah

21.05.2015--Ketua pusat khidmat masyarakat Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini berjanji untuk membantu dalam membesarkan sebuah surau di Desa Senadin dan permohonan tanah bagi membina surau baru.

Hii King Chiong: Galakkan Ajaran Etika Dan Moral Untuk Menyempurnakan Akhlak!

05.05.2015--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penganut Sha Jiang Miri Dato Hii King Chiong seikhlasnya berharap ahli-ahli persatuan akan menggalakkan ajaran etika dan moral untuk membasmi amalan buruk dan menyempurnakan ahklak di dalam masyarakat, mendorong sikap berdikari dan melakukan amalan baik dengan membantu orang lain.

Hii King Chiong: Kami Mengalu-alukan Pejuang Politik Untuk Menyertai UPP Dan Berkhidmat Kepada Rakyat

05.05.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Piasau Dato Hii King Chiong mengalu-alukan para pejuang politik untuk menyertai UPP dan berkhidmat kepada rakyat.

Hii King Chiong BerJanji Untuk Membantu Dalam Permohonan Tanah Bagi Penempatan Semula

26.04.2015--Ketua pusat khidmat masyarakat Dato Hii King Chiong amat bimbang mengenai keselamatan seisi keluarga yang menetap di lereng bukit Kampung Lereng Bukit. Beliau berjanji untuk membantu penghuni dalam permohonan tanah bagi penempatan semula ke tempat tinggal yang lebih selamat.

Aduan Pembanjiran Jalan Oleh Para Penduduk Tidak Berhasil, Hii King Chiong Berjanji Untuk Menaik Taraf Jalan

26.04.2015--Masalah pembanjiran jalan telah menyusahkan para penduduk di Kampung Lereng Bukit buat masa yang lama. Selepas permintaan berkali-kali untuk bantuan daripada menteri tetapi tidak terjawab, para penduduk berpaling kepada pusat khidmat masyarakat Majulah Miri untuk pertolongan. Ketua Majulah Miri Dato Hii King Chiong telah membuat pemeriksaan di kawasan itu dan berjanji untuk menaik taraf jalan tanah dengan meletakkan batu-batu dalam masa terdekat.

Hii King Chiong Memberi Sokongan Sepenuh Kepada Sambutan Hari Penjaja Kebangsaan 1118 Di Miri

24.04.2015--Persatuan Penjaja-Penjaja Bersatu Miri akan menganjurkan sambutan makan malam Hari Penjaja Kebangsaan 1118 pada 18 November 2015 di Meritz Hotel Miri. Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Malaysia menganggarkan kira-kira 400 penjaja dari seluruh negara bakal menyertai sambutan tersebut di Miri.

Hii King Chiong : Memberi Sumbangan Dan Berkhidmat Kepada Rakyat Ialah Matlamat Utama Menyertai Politik

24.04.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Piasau Dato Hii King Chiong berkata ia amatlah memberangsangkan melihat kedua-dua UPP dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di bawah bendera Barisan Nasional datang bersama menunjukkan keprihatinan terhadap isu penempatan semula penduduk setinggan Kampung Merikan Tiga. Beliau berharap kedua-dua pihak akan terus bekerjasama dan memberi lebih banyak sumbangan kepada rakyat.

Hii King Chiong : Majulah Miri Sedia Membantu Golongan Yang Memerlukannya Dengan Sedaya Upaya

24.04.2015--Dato Hii King Chiong berkata bahawa Majulah Miri ditubuhkan bukan sahaja untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat tempatan Miri tetapi ia juga mewujudkan hubungan baik dengan rakan-rakan di Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain. Jika ada orang yang skeptis mengenai perkhidmatan yang diberi oleh Majulah Miri, mereka sentiasa dialu-alukan untuk berbincang dengan para pemimpinnya.

Para Pemimpin Parti Rakyat Bersatu(UPP)Dikurnia Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri, Kredit Kepada Dato Hii King Chiong

17.04.2015--Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menyampaikan darjah kebesaran dan pingat negeri kepada seramai 205 penerima pada majlis pengurniaan di Mega Hotel Miri. Beberapa pemimpin Parti Rakyat Bersatu(UPP)telah menerima anugerah-anugerah di bawah pengesyoran Dato Hii King Chiong.

Hii King Chiong : Majulah Miri Sedia Membantu Golongan Yang Memerlukannya

11.04.2015--Pusat khidmat masyarakat Majulah Miri sentiasa bersedia membantu dengan sedaya upaya golongan yang memerlukannya.

Pages