Berita Melayu

Hii King Chiong Membuat Pemeriksaan Keadaan Jalan Dalam Hujan, Membuat Permintaan Kepada Pihak Berkuasa Untuk Membina Bonggol Jalan Bagi Meningkatkan Keselamatan Awam

10.06.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini membuat pemeriksaan ke atas Jalan Kampung Pengkalan-Lutong Baru dalam hujan bersama dengan kaunselor-kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM). Beliau menyeru pihak berkuasa untuk membina dua bonggol jalan di sepanjang jalan tersebut.

Jalan-Jalan Rosak Di Kawasan Perumahan Taman Spring Akan Diturap Semula

10.06.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong menyeru Majlis Bandaraya untuk menjalankan kerja penurapan semula jalan ke atas jalan-jalan rosak di kawasan perumahan Taman Spring yang tidak pernah dibaiki selama 30 tahun lebih.

Hii King Chiong Menghargai Majlis Bandaraya Di Atas Pembinaan Jalan Yang Menghubungkan RPR Batu 6 Pujut Dengan Kawasan Perindustrian Piasau

10.06.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong melahirkan rasa penghargaan kepada Majlis Bandaraya bagi pihak penduduk RPR Batu 6 Pujut di atas pembangunan jalan yang menghubungkan kawasan perumahan kos rendah di kawasan itu dengan Pusat Komersial Piasau Utara baru.

Majulah Miri Dato & Datin Hii King Chiong Membuat Kunjungan Hari Gawai

01.06.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong bersama-sama dengan isterinya Datin dan ahli-ahli UPP membuat kunjungan Hari Gawai ke Kampung Merikan Tiga, Kampung Pasir dan Kampung Sealine di Lutong semalam.

Dua Puluh Orang Kampung Menyerahkan Borang Permohonan Keahlian Menyertai Parti Rakyat Bersatu

01.06.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong kelmarin menerima borang permohonan keahlian UPP Cawangan Piasau daripada dua puluh penduduk Kampung Pasir Lutong yang diketuai oleh Ketua Kampung Jabat Barak.

Hii King Chiong Membawa Berita Baik Untuk Kampung Pasir Lutong, Berjanji Untuk Membaiki Jambatan Dan Jalan Secepat Mungkin

01.06.2015--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong melawat Kampung Pasir Lutong pada hari pertama Gawai Dayak dan membawa berita baik kepada keluarga-keluarga setinggan dengan berjanji untuk membaiki titi kayu hubung kediaman mereka sepanjang 800 meter yang buruk dan berusia 30 tahun lamanya dan menderma batu kerikil untuk membaiki jalan kampung yang berlumpur.

Hii King Chiong: Majulah Miri Menyasarkan Untuk Menyelesaikan Masalah Rakyat Tanpa Motif Politik

31.05.2015--Ketua pusat khidmat masyarakat Majulah Miri Dato Hii King Chiong berkata bahawa kejayaan bergantung kepada komitmen dan usahasama satu pasukan dan bukannya seorang individu.

Rumah Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak Dalam Keadaan Buruk Selama 14 Tahun Kini Memperoleh Bantuan Bagi Kerja Pembaikan

31.05.2015--Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) Miri telah berulang kali meminta bantuan daripada menteri dan wakil rakyat dalam permohonan dana bagi membaiki rumah persatuan tetapi tidak berhasil. Pengerusi cawangan persatuan Dennin Fredericks berpaling kepada pengasas pusat khidmat masyarakat Majulah Miri Dato Hii King Chiong untuk pertolongan. Hii segera berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi selama 14 tahun.

Hii King Chiong : Memenuhi Keperluan Rakyat Tempatan Dan Memastikan Pendidikan Terbaik Untuk Semua

24.05.2015--Naib Pengerusi Persatuan Foochow Miri Dato Hii King Chiong berkata bahawa Datuk Ling Suk Kiong bukan sahaja seorang tokoh Foochow popular tetapi juga usahawan dan dermawan terkenal yang memberi sumbangan besar kepada kerja-kerja amal, kebajikan, pendidikan, agama, pertubuhan dan persatuan.

Bakal Bertanding Di Senadin Pada Pilihan Raya Negeri Akan Datang? Hii King Chiong : Tiada Perkara Sedemikian

21.05.2015--Ketua pusat khidmat masyarakat Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini menafikan bahawa beliau ingin bertanding di konstituensi Senadin pada pilihan raya negeri yang akan datang. “Majulah Miri menghulurkan pertolongan kepada sesiapa yang meminta bantuan daripada pusat khidmat tanpa mengira lokasi, etnik dan agama. Oleh itu, saya berharap orang ramai tidak salah mengerti niat ikhlas kami.”

Pages