Umat Islam Di Desa Senadin Berterima Kasih Kepada Hii King Chiong Yang Membantu Dalam Pembinaan Surau

18.02.2016--Imam Surau Abu Bakar Asaddiq Desa Senadin berterima kasih kepada Dato Hii King Chiong atas bantuannya yang merupakan sumbangan besar kepada semua umat Islam di Desa Senadin tanpa motif politik.

Surau imam berkata demikian semasa lawatan ke Surau Abu Bakar Assidiq hari ini bersama dengan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong dan lain-lain lagi. Beliau juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kerana meluluskan permohonan tapak untuk pembinaan Surau Abu Bakar Assidiq yang baru.

“Kami telah menetap di sini selama 14 tahun. Kami telah meminta bantuan daripada wakil rakyat tetapi tidak berhasil. Melalui usaha Dato Hii King Chiong, permohonan tapak untuk pembinaan surau akhirnya telah diluluskan.”

Beliau berkata apabila surau siap kelak, mereka akan berhenti menyewa rumah yang ketika ini digunakan sebagai tempat ibadat mereka dan berpindah ke surau baru.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa pembinaan surau Abang Mohamad Abang Deli berterima kasih kepada Hii atas bantuannya kepada umat Islam tempatan dalam pembinaan surau baru.

Beliau menambah bahawa Hii juga akan menghulurkan bantuan apabila projek pembinaan bermula pada bulan April tahun ini.

Pada ketika ini, sebuah rumah teres lot tepi yang disewa telah digunakan sebagai surau. Ianya kecil dan sentiasa penuh sesak. Wakil jawatankuasa sebelum ini telah meminta Majulah Miri untuk membantu dalam menambah ruangan surau dan juga permohonan tanah bagi membina sebuah surau baru.

Projek pembinaan surau baru dianggarkan berkos RM500,000.