Tiga Unit Berterima Kasih Kepada Hii King Chiong Atas Kelulusan Segera Peruntukan Oleh Timbalan Perdana Menteri

30.04.2016--Wakil-wakil daripada SM Pei Min Miri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pujut Corner Miri dan Persatuan Penjaja Pasar Malam Kawasan Saberkas Miri hari ini membuat lawatan ke Pusat Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Pujut untuk mengucapkan terima kasih kepada calon langsung BN Pujut Dato Hii King Chiong selepas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan peruntukan kepada ketiga-tiga unit tersebut.

Hii sebelum ini telah membantu merujuk perkara tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri. Mereka memuji Hii sebagai seorang pemimpin baik yang menepati janji dan merayu kepada pengundi Pujut dan Krokop untuk mengundi Hii, agar beliau dapat membuat lebih banyak sumbangan untuk Miri.

Pengerusi Lembaga SM Pei Min Miri Khor Ooi Long memberitahu wartawan bahawa melalui usaha Pengerusi Lembaga Kehormat Tetap Dato Hii King Chiong, peruntukan sebanyak RM500,000 telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri dan akan diberikan kepada sekolah untuk tujuan menaik taraf infrastruktur dan pembangunan. Hii dipuji sebagai pemimpin penyayang yang menepati janjinya dan wajar mendapat sokongan daripada rakyat.

Beliau juga berharap Hii akan terus berjuang untuk lebih banyak peruntukan kepada sekolah demi kepentingan para pelajar.

Khor menjelaskan bahawa Hii sentiasa mengambil berat terhadap urusan sekolah dan menghulurkan derma untuk membantu sekolah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Hii atas kasih sayang dan sokongannya kepada SM Pei Min Miri dan berharap para pengundi akan memberi sokongan penuh kepada Hii pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 supaya beliau dapat terus membuat lebih banyak sumbangan kepada rakyat.

Guru Besar SK Pujut Corner Suriyati Binti Amit juga memberitahu wartawan bahawa Hii akan bertanding di konstituensi Pujut sebagai calon BN dan orang ramai harus menyokong beliau sepenuhnya dalam pilihan raya.

“Sekolah kami telah ditubuhkan 53 tahun yang lalu. Kerajaan ada memberi bantuan kepada sekolah kami melalui peruntukan tetapi ia sentiasanya tidak mencukupi.”

Beliau berkata melalui usaha Hii, SK Pujut Corner akan diberikan peruntukan sebanyak RM500,000 dan pihak sekolah akan menggunakan peruntukan itu dengan bijak.

Beliau juga merayu kepada para pengundi di Miri untuk menyokong Hii sepenuhnya supaya Hii dapat berjuang untuk lebih banyak hak dan kepentingan orang ramai sebagai wakil rakyat.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Malam Kawasan Saberkas Miri Encik Abdul Rahman Bin Jawawi juga berkata para penjaja sangat berterima kasih kepada Hii atas bantuannya dan akan memberi sokongan penuh kepada Hii.

Ahmad Zahid telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta kepada dua sekolah dan Persatuan Penjaja Pasar Malam Kawasan Saberkas Miri semasa Karnival Jom Berambeh di Pasar Malam Saberkas semalam. Permohonan untuk peruntukan telah dikemukakan oleh Hii.

Selain mengumumkan peruntukan, Ahmad Zahid juga datang untuk memberi sokongan moral kepada Hii. Beliau memuji Hii sebagai seorang pemimpin baik yang membantu rakyat tanpa mengira kaum dan menggesa pengundi untuk menyokong Hii sepenuhnya.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2808","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2809","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2810","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]