SMK St. Columba Meminta Hii King Chiong Membantu Menyelesaikan Masalah Air Bertakung

16.10.2015--Lembaga Pengarah SMK St. Columba meminta bantuan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong untuk menyelesaikan masalah air bertakung di tempat parkir sekolah.

Berikutan permintaan sekolah, Hii hari ini telah membuat lawatan ke sekolah untuk lebih memahami keadaan di situ. Beliau berjanji akan menghantar beberapa muatan batu untuk membaiki tempat parkir sekolah dan seterusnya menyelesaikan masalah air bertakung.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Hurbent Horton Kelou dan pengetua Meechang Tuie mengiringi Hii dalam lawatan pemeriksaannya dan juga meminta bantuan beliau untuk membina tempat berlindung sepanjang 120 kaki di luar sekolah. Tempat berlindung akan memberi naungan kepada ibu bapa dan pelajar yang datang dan keluar dari sekolah. Hii berkata bahawa mereka akan berbincang dengan Kelab Lions untuk membina tempat berlindung tersebut.

Pengetua Meechang Tuie juga meminta Hii untuk membantu menyerahkan surat permohonan sekolah meminta dana untuk membina blok sekolah baru dengan 12 bilik darjah kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2344","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]