SK Sayed Othman Berharap Hii King Chiong Membantu Menaik Taraf Infrastruktur

14.09.2015--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong, bersama dengan ahli-ahli pasukan khidmat, hari ini membuat lawatan pemeriksaan ke atas kerja-kerja pembinaan di SK Sayed Othman.

Baru-baru ini, Hii telah menyumbang tiga penghawa dingin dan lima lori batu kelikir kepada SK Sayed Othman. Beliau juga membantu membaiki tempat letak kereta dan laluan jalan. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut hari ini juga meminta Hii untuk bantuan membina tempat perlindungan untuk gelanggang sepak takraw sekolah.

Hii menjelaskan kepada Yang Dipertua PIBG bahawa pembinaan tempat perlindungan memerlukan kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan. Hii berjanji untuk membantu mengecat garisan gelanggang sepak takraw. Beliau juga mencadangkan supaya dokumen permohonan untuk pembinaan tempat perlindungan diserahkan kepada Majulah Miri dan beliau akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

Sekolah ini telah membuat permintaan berkali-kali kepada pihak berkuasa yang berkenaan tetapi tidak menerima sebarang maklum balas. Oleh itu, mereka telah membawa isu itu kepada Majulah Miri untuk pertolongan. Pasukan khidmat Majulah Miri ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk tujuan menjaga kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka dalam kes-kes di mana mereka diabaikan oleh wakil rakyat.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2244","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]