SJK North Miri Merancang Membina Dewan Serbaguna Dan Meminta Bantuan Hii King Chiong

26.01.2016--SJK North Miri merancang membina sebuah dewan serbaguna berkos RM580,000 dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK North Miri Lau Kin Hoo hari ini meminta bantuan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong untuk membuat permohonan peruntukan dana daripada Ketua Menteri Sarawak.

Lau berkata oleh kerana gelanggang bola keranjang, bola tampar dan badminton sekolah semuanya terletak di kawasan luar, murid-murid terpaksa bertahan di bawah terik matahari pada hari panas dan tidak dapat menjalankan aktiviti-aktiviti pada hari hujan.

Tambahnya, sekolah telah memutuskan untuk membina lantai simen di pertengahan kawasan sekolah dan membina sebuah dewan serbaguna agar para murid dapat melakukan kegiatan mereka dalam persekitaran yang selesa.

Katanya, pelan bangunan dewan serbaguna yang dicadangkan telah disediakan dan berharap permohonan dana akan diluluskan dalam tempoh dua bulan. Setelah permohonan diluluskan, pembinaan akan bermula selepas Tahun Baru Cina.

Sementara itu, Pengarah Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bersatu Bahagian Miri Dan Limbang Kong San Hoe mencadangkan supaya pada masa yang sama sekolah itu memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri, mereka juga patut memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kerana peruntukan dana bagi Tahun 2016 masih belum dilakukan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2460","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

Beliau berkata persatuannya  akan membantu sekolah itu membuat permohonan peruntukan pendidikan kepada Kerajaan Persekutuan yang akan berakhir pada bulan Mac tahun ini.