Sistem Perparitan Di Kawasan Perumahan Piasau Utara Bakal Dinaik Taraf

15.04.2016--Calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong meminta peruntukan unutk menaik taraf sistem perparitan di kawasan perumahan Piasau Utara. Projek menaik taraf dianggarkan berkos RM1,500,000 dan akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama yang berkos kira-kira RM500,000 telah diluluskan dan kerja menaik taraf akan dimulakan apabila peruntukan diterima.

Hii, bersama dengan jurutera bahagian Miri-Bintulu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee dan lain-lain lagi, hari ini membuat lawatan pemeriksaan ke kawasan perumahan Piasau Utara berikutan aduan daripada penduduk tempatan mengenai masalah banjir semasa hujan lebat.

Para penduduk berkata masalah ini telah wujud untuk masa yang lama dan berharap Hii akan menghulurkan bantuan.

Law berkata walaupun kawasan perumahan Piasau Utara berhampiran dengan sungai, air tidak dapat mengalir dengan lancar ke dalam sungai kerana beberapa longkang tidak disambung dengan sempurna.

Beliau menambah, walaupun Piasau adalah sebuah kawasan perumahan yang besar, terdapat hanya satu saluran untuk air mengalir ke dalam sungai. JPS akan segera melaksanakan penyambungan parit-parit bagi membolehkan pengailiran air yang lancar ke dalam sungai.

Law menjelaskan bahawa sistem perparitan di Piasau Utara masih jauh dari sempurna dan parit tanah mesti dinaik taraf kepada parit konkrit yang dihubungkan untuk memudahkan pengaliran air.

Beliau berkata fasa pertama projek menaik taraf tersebut akan dijalankan ke atas parit di hadapan masjid di Jalan Piasau Utara 1G dan parit tanah di hadapan pasar ikan di Jalan Piasau Utara 1A.

Parit-parit di hadapan masjid akan disambungkan. Law mencadangkan supaya parit tanah di hadapan pasar ikan dinaik taraf kepada parit konkrit dan diubah kepada pembetung. Ini bukan sahaja akan memperbaik sistem perparitan tetapi juga menambah ruang tempat parkir kenderaan untuk kemudahan para penjual ikan dan orang ramai.

Beliau berkata kerja menaik taraf akan dimulakan apabila jabatannya menerima peruntukan pembinaan. Fasa pertama projek menaik taraf dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2652","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"310","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]