Rumah Diliputi Oleh Semak Samun Selama Lebih 20 Tahun Tidak Diberi Perhatian? “Jika Tiada Undang-undang Sedia Ada, Undang-undang Baru Harus Digubal Untuk Melindungi Keselamatan Awam”

21.10.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong amat terkejut melihat rumah teres dua tingkat yang terbiar selama lebih 20 tahun diliputi oleh semak samun.

Hii sebelum ini telah menerima aduan daripada penduduk-penduduk mengenai sebuah rumah teres dua tingkat lot tepi yang terbiar di Jalan Lautan 4A Taman Lautan dan diliputi oleh semak samun. Hii, bersama dengan tiga kaunselor - James Hii, Kok Yung Kai dan Siew Tick Chai, hari ini melawat kawasan tersebut untuk lebih memahami keadaan di situ.

Hii berasa kecewa dan hairan mengapa pelbagai masalah rakyat tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Kaunselor James Hii berkata bahawa sebagai penduduk bandaraya Miri, semua orang harus memberi penekanan kepada penampilan bandaraya dan mengambil tindakan segera ke atas segala perkara yang membahayakan keselamatan awam.

Tambahnya, jika tiada peraturan atau undang-undang sedia ada untuk menangani sesuatu keadaan, peraturan-peraturan yang baru perlu digubal untuk melindungi keselamatan awam. Ini adalah tanggungjawab para kaunselor yang tidak boleh diabaikan.

Beliau menjelaskan bahawa mereka akan mencari pemilik rumah terbiar tersebut melalui pelbagai cara dan mengambil tahu unit yang berkenaan yang harus bertanggungjawab ke atas perkara itu. Setelah semua maklumat yang berkaitan dikumpulkan, majlis bandaraya akan mempertimbangkan sama ada untuk menggunakan undang-undang sedia ada atau menggubal peraturan-peraturan baru demi melindungi kepentingan awam kerana masalah ini telah mendatangkan bahaya kepada jiran-jiran dan juga orang ramai.

Seorang penduduk tempatan Batan Alang yang telah menetap di situ selama lebih 30 tahun berkata bahawa sejak dia dan keluarganya berpindah ke kawasan itu pada tahun 1985, beliau mendapati rumah tersebut disewa dua kali kepada dua keluarga berlainan dan selepas itu dibiarkan kosong lebih 20 tahun sehingga kini.

Katanya, mereka bimbang kerana rumah terbiar itu dikelilingi oleh semak samun dan dalam beberapa kejadian, ular-ular dan serangga-serangga yang tidak dikenali memanjat dari rumah itu ke halaman rumah mereka.

Beliau menyatakan bahawa beliau telah membuat aduan sebanyak tiga kali kepada majlis bandaraya dan wakil rakyat tetapi tidak menerima sebarang maklum balas. Beliau tiada pilihan selain mendapatkan bantuan daripada Hii.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2369","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]