Rayuan Agar Penduduk Krokop Lupakan Masa Lalu, “Beri Saya Peluang Berkhidmat Kepada Anda”

20.10.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong mengambil berat kebajikan rakyat, melangkah masuk ke kalangan rakyat di peringkat akar umbi untuk membantu menyelesaikan masalah mereka dan menambah baik infrastruktur asas di kawasan perumahan untuk manfaat rakyat.

Hii, bersama dengan jurutera bahagian Miri-Bintulu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee dan lain-lain lagi, hari ini membuat lawatan pemeriksaan ke atas kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Jalan Jee Foh 8, Jalan Krokop 9 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong.

Projek-projek menaik taraf sistem perparitan di Jalan Jee Foh 8 dan Jalan Krokop 4 dengan kos kira-kira RM120,000 telah siap sepenuhnya dan para penduduk tidak perlu bimbang tentang banjir lagi. Kerja-kerja menaik taraf bukan sahaja melibatkan pembinaan parit konkrit tetapi juga pengagihan paip gas dan lain-lain lagi.

Berkaitan sistem perparitan yang tidak memuaskan di Jalan Krokop 9, pihak berkuasa yang berkenaan telah pada hari ini memulakan pembinaan parit konkrit sepanjang 30 meter, dengan lebarnya satu kaki dan dalamnya satu kaki.

Hii dengan ikhlasnya berharap penduduk Krokop akan membuka hati mereka, melupakan kekusutan politik masa lalu dan memberi beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

Katanya kepada pemberita semasa lawatan beliau hari ini, Krokop ialah salah satu penempatan yang terawal di Miri dan ianya berkait rapat dengan pembangunan keseluruhan bandaraya Miri.

Hii berkata beliau berkongsi penderitaan dan kebimbangan penduduk tempatan. Oleh itu, beliau sering mengunjungi kawan-kawan di Krokop dan berharap dapat melakukan sesuatu untuk rakyat demi menambah baik keadaan dan kualiti persekitaran hidup mereka.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2361","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]