Pusat Baru PIBAKIS Selesai 50% – Dato Hii King Chiong Berpuas Hati Dengan Progress Pembinaan

18.10.2014--Pembinaan pusat baru PIBAKIS di bawah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri telah selesai 50%. (PIBAKIS ialah Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa Miri.) Dato Hii King Chiong, pengerusi jawatankuasa pembinaan bangunan, merayu kepada orang ramai yang penyayang untuk memberi bantuan dan sokongan penuh. Ini akan memastikan pembinaan dapat disiapkan secepat mungkin dan seterusnya menaiktaraf suasana pembelajaran kanak-kanak istimewa.

Hii, bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa, membuat pemeriksaan ke atas progress pembinaan pusat baru pada hari ini. Hadir sama ialah kontraktor pembinaan, kaunselor Bruce Chai dan kaunselor Keith Chin.
 
Hii, juga selaku penasihat PDK, berkata, “Kanak-kanak istimewa bukanlah beban masyarakat. Kita tidak boleh mendiskriminasikan mereka. Kita harus menghulurkan bantuan dengan sepenuh hati demi menerangi hidup mereka dan mendorong mereka meneruskan perjalanan hidup dengan sikap positif yang kukuh.”
 
Pembinaan tingkat atas pusat baru telahpun bermula. Walaupun pembinaan tertunda selama 3 bulan akibat pengalihan tiang-tiang kuasa elektrik, Hii yakin bangunan tersebut dapat disiapkan pada atau sebelum tarikh jangkaan penyelesaian dalam kontrak.
 
Hii berkata, “Pembinaan pusat masih menghadapi kekurangan dana sebanyak RM2.5 juta dan saya berharap orang ramai dapat memberi sumbangan dengan murah hati agar pusat baru boleh diselesaikan secepat mungkin.”
 
“Pembinaan pusat baru PIBAKIS RM5 juta ini tidaklah mudah sama sekali. Ia memerlukan gabungan usaha orang ramai. Kami telah menerima sumbangan daripada para dermawan tetapi masih memerlukan lebih banyak sumbangan bagi kekurangan dana sebanyak RM2.5 juta.”
 
“Pengutipan dana dan pembinaan pusat baru adalah untuk menyediakan suasana pembelajaran yang lebih berkualiti untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, dengan harapan agar mereka terus melangkah berani dalam kehidupan ke arah masa depan yang lebih cerah di bawah jagaan dan bimbingan profesional dan sukarelawan terlatih.”
 
Hii berkata adalah tidak betul jika ibu bapa menyembunyikan kanak-kanak istimewa di rumah manakala segolongan tidak menerima kenyataan anak-anak mereka ialah kanak-kanak istimewa disebabkan tekanan sosial dan masyarakat.
 
Beliau menggesa keluarga menghantar kanak-kanak istimewa ke pusat pemulihan seawal mungkin di mana pakar-pakar boleh memberi penjagaan yang betul.
 
Ibu bapa harus berani menghadapi masalah dan mencari penyelesaian yang berkesan demi masa depan kanak-kanak istimewa. PDK adalah sebuah organisasi amal yang ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak istimewa memperoleh harapan dan meningkatkan kemampuan pembelajaran mereka. Kasih sayang dan sokongan dari para pekerja yang penyayang di pusat-pusat pemulihan, bersama-sama dengan usaha ibu bapa akan memastikan perkembangan dan masa depan anak-anak yang lebih baik.
 
Hii berharap dalam proses pengutipan derma dan pembinaan pusat baru PIBAKIS, PDK akan terus diberi perhatian dan sokongan daripada orang ramai. Setelah selesai, pusat baru tersebut akan dapat memberi penjagaan dan sokongan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan kemudahan yang lengkap dan peralatan yang moden.
 
PDK ditubuhkan pada 9 Jun 2000 sebagai sebuah institusi penjagaan sosial dan pertubuhan bukan untung. Pusat sementara PDK di kuarters lama Shell di Taman Simpanan Semula Jadi Piasau mempunyai lebih daripada 200 kanak-kanak istimewa dari pelbagai suku kaum dan 22 kaunselor sepenuh masa.

Pusat baru PIBAKIS dibina terutamanya untuk menjaga kebajikan ahli-ahli dan kanak-kanak. Ia khas dibina dan direkabentuk untuk memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak istimewa.
 
Pusat baru PIBAKIS RM5 juta yang pelbagai guna dan bertingkat dua akan mempunyai kemudahan serba lengkap yang merangkumi pejabat, dapur, ruang makan, dewan pelbagai guna, 10 bilik darjah, bilik persidangan, perubatan, snoozeleen, fisioterapi, kaunseling, kraf, IT/kuliah, jawatankuasa, kedai dan perpustakaan permainan.
 
Pusat baru ini bertujuan melatih dan melengkapi orang kurang upaya dengan kemahiran vokasional asas yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan sepenuh atau separuh masa dan mampu berdikari di masa depan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri di 085-471196, 019-8448501 atau presiden PIBAKIS Miri Chiam Yun Chaw di 016-8513373 atau layari facebook PIBAKIS atau PDK.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1553","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"270","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]