Prihatin Kepada Masalah Masyarakat..

06.03.13--Dengan kerjasama En. King Chiong Hii permohonan penjaja-penjaja Pasar Malam Saberkas untuk mendapat kanopi tambahan & mengecat keseluruhan lantai tapak pasar malam telah diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM). Ini diumumkan oleh Datuk MBM, Kr Lawrance Lai pagi ini ketika mengiringi En.Hii ke tapak Pasar Malam berkenaan.

Tambahan kanopi ini adalah untuk menempatkan 26 penjaja baru yang akan berniaga di sini.

Kedatangan rombongan En.Hii telah disambut mesra oleh ahli-ahli JK Pasar Malam Saberkas yang diketuai oleh pengerusi mereka, Sdr Bani Amin Mat Saleh & penjaja-penjaja Pasar Malam Saberkas.

Turut sama mengiringi beliau ialah Kr Keith Chin, Kr Lawrance Kong, Ketua PBB Cawangan Pujut, Sdr Abu Bakar Hj Amit,Ketua Wanita PBB Pujut, Kr Hjh Lela Muhamad, Ketua Pemuda PBB Cawangan Piasau, Sdr Affendi Jawawi, Pengerusi PEKIDA Miri, Sdr Sarbini Japar, kakitangan Hii King Chiong Service Centre (HKC SC) serta wartawan media tempatan.

Program En.Hii serta rombongan seterusnya meninjau projek pemasangan lampu jalan di Piasau Jaya Fasa 1. Projek yang bernilai RM1.2 juta telah siap sepenuhnya dan merangkumi Lorong A, B, C , D dan ianya telah memberi keselesaan kepada penduduk - penduduk di kawasan terbabit.

Selepas itu, En.Hii juga meninjau masalah perparitan di Masjid Darul Ehsan, Piasau Jaya. Pihak HKC SC telah menerima aduan daripada penduduk setempat, beliau berharap dengan adanya kerjasama yang padu di antara HKC SC dan MBM masalah perparitan ini boleh diselesaikan dengan segera.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"828","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Sdr Bani Amin (kiri) sedang mengutarakan masalah - masalah sampingan yang dihadapi oleh penjaja - penjaja sambil disaksikan oleh Kr Lawrance (kanan) dan AJK Pasar Malam Saberkas.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"829","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"321","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Kerjasama Padu...En Hii serta rombongan sedang mendengar keluhan penjaja -penjaja Pasar Malam Saberkas.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"830","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Rombongan En.Hii meninjau masalah perparitan di hadapan Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya dan berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.