Pertempuran Sengit Di Konstituensi N74 Pujut, Hii King Chiong Berhadapan Dengan Dua Parti dan Seorang Calon Bebas

25.04.2016--Calon-calon untuk Piliharaya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 telah dinamakan dan pertempuran yang sengit dijangka di konstituensi N74 Pujut. Calon Barisan Nasional (BN), Dato Hii King Chiong menghadapi persaingan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan calon bebas.

Pada hari penamaan calon, cuaca yang panas serik tidak menghalang perarakan parti-parti berkenaan. Calon-calon menuju ke pusat penamaan di Kampung Sukan Miri diiringi oleh penyokong mereka.

Hii berjalan kaki ke pusat penamaan diiringi oleh penyokong-penyokong beliau untuk perhimpunan mereka manakala Jofri Jaraiee daripada PAS turut menuju ke arah masuk dengan ahli-ahli PAS sambil membaca al-Quran.

Secara kebetulan Jaraiee dan Hii tiba di pusat penamaan pada masa yang sama dari arah yang berlainan. Keadaan pada ketika itu sungguh menakjubkan apabila penyokong daripada kedua-dua parti meraung sokongan masing-masing.

Bersampingan dengan pencadang dan penyokong penamaan masing-masing, Hii menerajui dan menghantar borang penamaan beliau pada pukul 8.50 pagi, diikuti oleh Jaraiee pada pukul 8.52 pagi.

Calon DAP, Dr. Ting Tiong Choon hadir ke pusat penamaan dengan berseri-seri bersama penyokong-penyokong beliau. Mereka melaung slogan dengan bersemangat dan telah menarik perhatian penyokong BN.

Walaupun diejek, Dr. Ting tetap melambai ke arah penyokong BN dan menghantar borang penamaan beliau pada pukul 9.00 pagi tepat bersama pencadang dan penyokong penamaan beliau.

Calon bebas, Fong Poh Teck tiba di pusat penamaan pada pukul 9.01 pagi untuk penamaan calon di bawah sampingan pencadang dan penyokong penamaan beliau.

Pada pukul 11.58 pagi, pegawai pilihanraya mengumumkan bahawa tiada parti yang dibatalkan kelayakan. Penamaan kemudiannya berakhir dengan aman damai tanpa kekecohan.

Pertempuran yang sengit di konstituensi N74 Pujut telah meraih perhatian pengundi. Sama ada BN akan berjaya memenangi semula kerusi itu, sabarlah kita menantikan keputusannya.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2757","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]