Pertembungan Hii King Chiong Dan Tiga Calon DAP, Bersalaman Sambil Mengambil Gambar Bersama

27.04.2016--Dato Hii King Chiong bertembung dengan tiga calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) ketika mengadakan tinjauan mesra. Kedua-dua pihak bersalaman dan mengambil gambar bersama-sama.

Calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong, bersama dengan ahli pasukannya, turun padang menemui pengundi pada jam 7 pagi hari ini di pasar Krokop 10 di mana mereka bertembung dengan tiga calon DAP dan sukarelawan di medan selera yang berdekatan.

Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling (Piasau) dan Dr Bob Baru Langub (Senadin) mengiringi Dr Ting Tiong Choon ke kawasan tersebut untuk bertemu dan bersalaman dengan pengundi.

Ketiga-tiga calon DAP telah bersarapan pagi dan bersedia memulakan tinjauan mesra apabila mereka bertembung dengan Hii. Mereka berjabat tangan dan beramah mesra antara satu sama lain. Tindakan mereka menerima maklum balas yang hebat daripada orang ramai di medan selera tersebut.

Kedua-dua pihak tidak terlupa untuk mengambil gambar bersama-sama sebelum mereka meneruskan tinjauan mesra mereka.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2805","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"282","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]