Pengabaian Jangka Masa Panjang Menimbulkan Ketidakpuasan Hati Tetapi “Usaha Gigih Boleh Mengubah Kawasan Hitam Kepada Putih”

20.10.2015--Sejak bertahun-tahun lalu, saya telah berjaya menyelesaikan pelbagai isu peribadi dan awam para penduduk Krokop dengan kerjasama dan bantuan daripada pihak-pihak berkuasa kerajaan tempatan dan badan-badan berkanun.”

Dato Hii King Chiong berkata bahawa pengabaian jangka masa panjang telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai dan ahli-ahli politik pernah melabel daerah mengundi Krokop sebagai salah satu ‘kawasan hitam’. Walau bagaimanapun, Hii percaya dengan usaha perkhidmatan yang gigih, ‘kawasan hitam’ akan berubah menjadi ‘kawasan putih’ satu hari juga.

Hii menambah, beliau sentiasa mengambil berat isu-isu di kawasan Krokop seperti penubuhan tokong-tokong dan persatuan-persatuan, kebajikan para penjaja dan peniaga serta isu-isu kehidupan rakyat. Beliau dan ahli-ahli pasukannya sentiasa bersedia untuk membantu dengan sikap yang positif dan bertindak sebagai saluran komunikasi antara rakyat dan kerajaan.

Beliau berasa amat gembira kerana mendapat sokongan dan kerjasama orang ramai dalam melaksanakan perkhidmatan dan rancangannya. Beliau telah berjaya menunaikan banyak janjinya, hasil usahasama semua pihak yang berkenaan.

Hii berharap kawasan Krokop tidak lama lagi akan berubah dari ‘kawasan hitam’ ke putih. Jika terdapat sebarang masalah atau kesukaran, seseorang boleh meminta bantuan daripada pusat khidmatnya dan beliau akan melakukan yang terbaik untuk memberi pertolongan.

Berkaitan kerja menaik taraf sistem perparitan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, projek menaik taraf parit 900 meter yang berkos RM50,000 telah bermula semalam dan akan diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Kerja naik taraf ini akan dapat menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan itu.

Jurutera bahagian Miri-Bintulu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee menjelaskan bahawa pengumpulan lumpur di dalam parit dan penenggelaman perparitan bawah tanah yang serius telah menghalang pengaliran air ke laut. Paras air di dalam parit akan naik mendadak pada hari hujan lebat dan banjir kilat akan berlaku.

Beliau berkata JPS akan membina semula parit bawah tanah baru berlebar 4 kaki dengan asas yang kukuh bagi mencegah penenggelaman. Tambahnya, pembersihan lumpur perlu dilakukan dari muara ke parit-parit di sekitar sekolah untuk pengaliran air yang lancar.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2363","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]