Penduduk Riam Menghadapi Pelbagai Masalah, Hii King Chiong Berikrar Memberi Bantuan

05.09.2015--Penduduk Jalan Pinang 2A di kawasan Riam menghadapi pelbagai masalah. Mereka meminta bantuan daripada Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong, dengan harapan masalah-masalah yang bertahun-tahun lamanya dapat diselesaikan.

Berikutan permintaan penduduk, Hii, bersama dengan kaunselor-kaunselor James Hii, Siew Tick Chai dan Kok Yung Kai, membuat lawatan ke kawasan tersebut untuk lebih memahami situasi di situ.

Para penduduk membuat aduan mengenai pelbagai isu yang mereka hadapi dan berharap Hii boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah mereka.

Mereka meminta majlis bandaraya untuk mengalihkan sebuah kereta sekerap di tepi jalan di kawasan itu yang selama ini menjadi halangan kepada pengguna jalan.

Mereka juga meminta pihak berkuasa untuk melakukan kerja penyelenggaraan ke atas sebuah tiang elektrik condong bagi memastikan keselamatan awam.

Di samping itu, penduduk meminta Hii supaya merujuk kepada pihak berkuasa untuk pembinaan bonggol jalan, pembersihan semak samun, pembesaran dan pembaikan jalan.

Selepas lawatan itu, Hii meminta kaunselor-kaunselor James Hii, Siew Tick Chai dan Kok Yung Kai untuk merujuk masalah-masalah tersebut kepada majlis bandaraya untuk tindakan segera.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2224","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]