Penduduk Jalan Pinang 2B/1 Riam Menggesa Pihak Berkuasa Membaiki Jalan

14.09.2015--Penduduk Jalan Pinang 2B/1 di kawasan Riam berharap pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong akan membantu membaiki jalan yang tidak pernah diselenggarakan selama 20 tahun lebih.

Penduduk tempatan Wong yang telah menetap di Jalan Pinang 2B/1 selama 20 tahun lebih menjelaskan bahawa para penduduk telah membuat aduan berkali-kali kepada pihak berkuasa yang berkenaan tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.

Beliau menambah, setiap kali pilihan raya menghampiri, seseorang akan membuat lawatan pemeriksaan dan berjanji akan membaiki jalan tetapi penduduk telah berulang kalinya tertipu.

“Kerja membaiki jalan akhirnya juga dijalankan di kawasan berdekatan tetapi kami sungguh marah apabila menyedari kerja penurapan semula jalan hanya akan meliputi Jalan Pinang 2A sahaja dan tidak merangkumi jalan di kawasan kami.”

Beliau berharap melalui bantuan Hii, jalan di kawasan mereka akan diturap semula tidak lama lagi untuk manfaat para penduduk.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2250","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]