Pelajar Tidak Perlu Lagi Risau Hujan Atau Panas Dengan Tempat Berlindung Yang Baru Dibina

14.11.2015--Dengan bantuan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong dan kelab-kelab Lions, tempat berlindung sepanjang 70 kaki di SMK St. Columba telah siap sepenuhnya dan dibuka secara rasmi pada pukul 2 petang hari ini.

Tempat berlindung dengan kos RM30,000 telah dibiayai oleh Hii dan lima kelab Lions. Ia telah diselesaikan dalam masa dua minggu sahaja dan dibuka secara rasmi hari ini, seterusnya memberi naungan kepada para pelajar yang datang dan keluar dari sekolah tanpa risau hari hujan atau panas.

Lima kelab Lions yang menghulurkan bantuan dana pembinaan tempat berlindung di SMK St. Columba adalah Kelab Lions Mandarin Marudi, Kelab Lions Mandarin Miri, Kelab Lions Batu Niah, Kelab Lions Lutong Miri dan Kelab Lions Lambir Miri.

Upacara perasmian telah dihadiri oleh Hii, pengetua Meechang Tuie, kaunselor Kok Yung Kai dan Siew Tick Chai serta wakil-wakil kelab Lions dan lain-lain lagi.

Selepas upacara tersebut, Hii, bersama dengan pengetua Meechang Tuie dan wakil-wakil kelab Lions, telah membuat pemeriksaan ke atas tempat parkir sekolah yang baru dinaik taraf.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2393","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]