Parit Di Hadapan SJK Chung Hua Lutong Siap, “Selesaikan Masalah Rakyat Adalah Paling Penting”

07.01.2016-- Selesaikan masalah rakyat adalah perkara yang paling penting, tunaikan janji yang telah dibuat dan jangan bersaing untuk kredit!”

Selama beberapa dekad, parit tanah di hadapan SJK Chung Hua Lutong tidak mampu menampung air yang banyak pada hari hujan dan masalah banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu para pelajar pergi dan balik dari sekolah.

Kedua-dua masalah yang dihadapi oleh SJK Chung Hua Lutong tidak diberi perhatian untuk bertahun-tahun lamanya sehinggalah Dato Hii King Chiong mengambil tindakan untuk meminta peruntukan dan menaik taraf sistem perparitan pada tahun lepas.

Jurutera bahagian Miri-Bintulu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee berkata selepas jabatan tersebut menerima peruntukan pada bulan Disember tahun lepas, mereka bergegas memulakan kerja menaik taraf. Projek tersebut siap sepenuhnya dalam masa sebulan dengan kos RM160,000.

Hii berkata jalan di hadapan sekolah terlalu sempit untuk para ibu bapa memarkir kereta dan oleh itu beliau akan mengatur untuk meletakkan batu-batu kerikil di atas rumput di tepi jalan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, seseorang harus berjuang untuk kepentingan rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dan bukannya bersaing untuk kredit.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2433","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"480","typeof":"foaf:Image","width":"360"}}]]