Masalah Tidak Diberi Perhatian, Majulah Miri Akan Menyelesaikannya

21.10.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong mendukung sikap suka menolong orang sebagai falsafah perkhidmatannya, membantu Persatuan Bekas Polis Miri dengan menyalurkan sumbangan kepada pengubahsuaian bangunan persatuan agar ahli-ahlinya boleh menikmati pusat berkumpul yang lebih baik.

Juga pengasas Majulah Miri, Hii hari ini mengetuai pasukannya untuk memeriksa kerja-kerja pengubahsuaian bangunan Persatuan Bekas Polis Miri dan telah disambut mesra oleh Pengerusi Persatuan Supt (B) Han Hipeni dan ahli-ahli persatuan.

Persatuan Bekas Polis Miri telah diberi kelulusan rasmi pada 11 Jun untuk menggunakan Kem Piasau No. 139 sebagai bangunan persatuan sementara. Keadaan bangunan itu tidak begitu memuaskan dan perlu dibaiki. Oleh kerana kekurangan dana, persatuan itu telah meminta bantuan daripada Hii supaya ahli-ahlinya boleh menikmati tempat pertemuan yang lebih selesa.

Walaupun pihak berkuasa tempatan telah membenarkan kegunaan bangunan tersebut, persatuan itu perlu menanggung semua kos pembaikan dan penyelenggaraan. Walaupun persatuan itu telah membelanjakan wang ke atas pelbagai kerja pembaikan, bangunan itu masih jauh dari sempurna dan masalah utama adalah serangan anai-anai.

Berikutan permintaan persatuan itu, Hii berjanji untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Kerja-kerja pembaikan telah bermula dan akan siap dalam masa seminggu.

Han mengucapkan terima kasih kepada Hii atas sumbangan murah hati beliau yang akan memanfaatkan kira-kira 500 ahli persatuan. Apabila siapnya bangunan itu, beliau berkata ia akan digunakan sebagai pusat berkumpul ahli-ahli di mana pelbagai aktiviti akan dianjurkan.

Anggaran awal menunjukkan RM20,000 diperlukan untuk pelbagai perbelanjaan pengubahsuaian. Hii berharap komuniti setempat boleh menghulurkan bantuan bagi memastikan projek pengubahsuaian berjalan lancar dan disiapkan secepat mungkin demi manfaat ahli-ahli persatuan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2365","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]