Masalah Jenayah, Kehidupan & Keselamatan Paling Serius Di Kawasan Perumahan Senadin

15.07.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berkata sejak penubuhan pusat khidmatnya, mereka mendapati bahawa isu-isu jenayah, kehidupan dan keselamatan di kawasan perumahan Senadin adalah paling serius di Miri.

Beliau berkata kebanyakan masalah di Senadin telah wujud sekian lama, terus tidak terselesai dan menjadi semakin teruk.

Hii sebelum ini telah menerima aduan daripada orang ramai mengenai parit tersumbat dalam kawasan Curtin University Sarawak kerana tidak dibersihkan untuk jangka masa yang lama. Di samping itu, sampah sarap juga bertaburan di sepanjang tepi jalan berhampiran kampus. Hii, bersama dengan kaunselor-kaunselor Bruce Chai, Keith Chin, Kok Yung Kai dan setiausaha politik kepada ketua menteri Suzanne Lee Tze Ha, hari ini melawat kawasan tersebut untuk lebih memahami situasi sebenar.

Beliau berkata longkang berhampiran kampus dipenuhi tumbuhan dan rumput dan tiada tindakan diambil selama bertahun-tahun. Pada hari hujan lebat, banjir kilat akan berlaku oleh sebab longkang yang tersumbat. Beliau menambah, sampah sarap yang bertaburan di tepi jalan juga menjejaskan kebersihan dan alam sekitar.

Beliau berjanji untuk melakukan yang terbaik dalam menghulurkan pertolongan dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yang betahun-tahun lamanya di kawasan perumahan Senadin.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2107","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]