Majulah Miri Menyumbang RM200,000 Kepada Dana Pembinaan Surau

26.03.2016--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini memaklumkan sumbangan RM200,000 kepada Surau Abu Bakar As-Siddiq Desa Senadin sebagai dana pembinaan surau.

Juga pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau, Hii menyampaikan dokumen kelulusan kepada pengerusi surau Haji Abang semasa lawatannya ke tapak pembinaan surau hari ini.

Beliau berkata akan sentiasa mendahulukan rakyat dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat sama ada melalui Majulah Miri atau UPP.

Hii menjelaskan bahawa lawatannya ke Senadin adalah kerana permintaan penduduk tempatan untuk bantuan dan tiada kena-mengena dengan politik. Beliau dengan ikhlasnya berharap dapat membantu masyarakat Islam tempatan memenuhi hasrat mereka mempunyai tempat ibadat yang lebih baik melalui bantuan UPP dan Majulah Miri.

Beliau berkata falsafah perkhidmatan mereka sangatlah ringkas - di mana sahaja bantuan diperlukan, mereka akan tampil ke depan untuk membantu rakyat.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2616","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"187","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]