Majulah Miri Menyumbang Kepada Pendidikan Dengan Peningkatan Kemudahan Sekolah

03.09.2015--Majulah Miri memberi sumbangan kepada pendidikan! Selain menyumbang penghawa dingin kepada SK Sayed Othman, ia juga membantu menyelesaikan masalah air bertakung dan tandas yang tidak mencukupi untuk manfaat para guru dan pelajar.

Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berkata isu-isu tempatan yang lama diabaikan oleh pihak berkuasa berkenaan dan wakil rakyat amatlah dikesali. Beliau berjanji akan cuba sedaya upaya dan melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan ke SK Sayed Othman pada hari ini.

Beliau berikrar untuk melakukan yang terbaik dan berharap para menteri dan wakil rakyat boleh bekerjasama dengan Majulah Miri untuk berkhidmat kepada rakyat.

Selain menyumbang tiga penghawa dingin kepada SK Sayed Othman, Hii turut menyumbang lima lori batu kelikir untuk membaiki tempat letak kereta dan laluan jalan. Beliau juga berjanji akan membina dua tandas baru untuk kegunaan guru.

Pasukan khidmat Majulah Miri ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk tujuan menjaga kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka dalam kes-kes di mana mereka diabaikan oleh wakil rakyat.

Beliau berterima kasih kepada pihak berkuasa kerajaan atas bantuan mereka dan orang ramai atas kepercayaan dan sokongan mereka yang membolehkan pusat khidmat menyelesaikan pelbagai tugas dan misi. Beliau juga berikrar untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat, menjaga keperluan penduduk tempatan dan melindungi kepentingan mereka.

SK Sayed Othman mempunyai sejarah lebih 50 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 1959. Sekolah ini akhirnya juga menerima bantuan selepas meminta pertolongan daripada pengasas Majulah Miri Hii.

Seorang guru SK Sayed Othman menjelaskan bahawa penghawa dingin di bilik guru telah rosak selama tiga tahun dan kemudahan sekolah juga tidak dinaik taraf untuk masa yang lama. Katanya, guru-guru telah menggunakan kipas selama tiga tahun dan apabila penghawa dingin dipasang kelak, mereka akan dapat menikmati suasana pejabat yang lebih selesa.

Lebih-lebih lagi, apabila kawasan sekolah diturap semula nanti, masalah air bertakung pada hari hujan akan dapat diselesaikan. Pembinaan tandas baru untuk kegunaan guru juga akan meringankan masalah kekurangan tandas.

SK Sayed Othman mempunyai 29 guru dan 285 pelajar. Apabila penambahbaikan kemudahan siap kelak, para guru dan pelajar akan dapat menikmati suasana pembelajaran yang lebih baik.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2218","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]