Majulah Miri Membantu Membersihkan Jalan Yang Dibiar Penuh Dengan Sampah Sarap

17.08.2015--Berikutan permintaan berulang-ulang penduduk untuk mendapatkan bantuan, Majulah Miri hari ini kembali ke jalan baru berhampiran Curtin University Sarawak di mana longgokan sampah sarap bertaburan dan segera membantu membersihkan jalan dan parit supaya penduduk Senadin boleh menikmati persekitaran hidup yang lebih bersih dan baik.

Pasukan khidmat Majulah Miri yang diketuai oleh Dato Hii King Chiong hari ini pergi ke lokasi tersebut dengan sebuah mesin pengorek dan sebuah lori untuk membantu membersihkan kotoran di situ.

Hii menjelaskan bahawa Majulah Miri kembali ke tempat itu untuk memberi bantuan selepas menerima aduan daripada penduduk bahawa permintaan mereka kepada pihak berkuasa berkenaan tidak diberi perhatian.

Hii melahirkan kebimbangan terhadap pengabaian perkara tersebut oleh pihak berkuasa berkenaan dan memutuskan untuk menghulurkan bantuan segera demi kesihatan awam.

Beliau berkata falsafah perkhidmatan Majulah Miri sangatlah jelas, iaitu sentiasa sedia menangani dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat.

Beliau melahirkan rasa kecewa atas tuduhan bahawa Majulah Miri ‘mencuri perhatian’ dalam membantu membersihkan sampah sarap di Senadin. Beliau mendapati ia tidak munasabah bahawa seseorang itu tidak patut memberi perkhidmatan kepada kawasan-kawasan selain daripada kawasannya sendiri, terutamanya kerana masalah sampah sarap tersebut telah diabaikan untuk jangka masa yang lama.

Hii berkata bau sampah sarap itu sangatlah busuk dan aduan berulang-ulang penduduk sememangnya fakta yang tidak boleh dinafikan. Oleh kerana pihak berkuasa tidak memberi perhatian, maka Majulah Miri bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau menekankan bahawa seorang wakil rakyat harus melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat tanpa mengira lokasi dan biarlah tindakan bercakap lebih kuat daripada perkataan.

Beliau menegaskan bahawa Majulah Miri tidak perlu membuat apa-apa ‘kerja rumah’ dalam memberi perkhidmatan kerana di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa bantuan diperlukan, Majulah Miri akan tampil ke depan untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Hii mengakui Majulah Miri mempunyai keterbatasannya dan sentiasa gigih mempelajari dan meningkatkan perkhidmatannya. Beliau berharap semua orang boleh mengetepikan permusuhan dan bekerjasama dalam berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, seseorang itu harus berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira lokasi. Jika semua orang boleh bersatu padu dan sentiasa mendahulukan rakyat, semua masalah rakyat terkumpul selama beberapa dekad pastinya boleh diselesaikan secara beransur-ansur.

Longkang berhampiran Curtin University Sarawak dipenuhi tumbuhan dan rumput dan tiada tindakan diambil selama bertahun-tahun. Pada hari hujan lebat, banjir kilat akan berlaku oleh sebab longkang yang tersumbat. Sampah sarap yang bertaburan di tepi jalan juga menjejaskan kebersihan dan alam sekitar.

Kerja-kerja pembersihan telah bermula dan dijangka siap dalam masa seminggu bagi memastikan penduduk dapat menikmati persekitaran hidup yang lebih bersih.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2165","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]