Majulah Miri Berjanji Membantu Tujuh Puluh Keluarga Setinggan Di Pujut

27.04.2016--Tujuh puluh keluarga setinggan di konstituensi Pujut tinggal dalam keadaan yang teruk dan Majulah Miri berjanji membantu untuk memindahkan mereka ke penempatan baru di Tudan.

Tujuh puluh keluarga tersebut adalah dari tiga kawasan berlainan iaitu kawasan setinggan Pujut 6, Kampung Pujut dan kawasan setinggan Pujut 8 di tebing sungai. Penduduk setinggan mengemukakan maklumat mereka dan meminta pertolongan semasa sesi bertemu dan beramah mesra antara Dato Hii King Chiong dan orang ramai semalam.

Pegawai bertanggungjawab Majulah Miri Keith Chin berkata Jabatan Tanah dan Survei sebelum ini telah membuat kaji selidik untuk mengumpul maklumat daripada penduduk setinggan dan penduduk kawasan setinggan tersebut akan ditempatkan semula.

Chin merujuk permintaan penduduk kepada Hii dan mengatur pertemuan mereka dengan Hii semalam di mana penduduk setinggan menyerahkan maklumat mereka kepadanya.

Kebanyakan penduduk setinggan datang dari daerah lain dan membina rumah setinggan sebagai kediaman kerana kekangan kewangan. Mereka semua adalah pengundi yang layak.

Hii berjanji membantu mereka mempercepat kelulusan untuk penempatan semula supaya mereka boleh membina rumah mereka di lokasi yang lebih baik, menikmati kemudahan asas dan infrastruktur dan meningkatkan kualiti hidup mereka.