Majlis Perhargaan, Kpg Pasir, Lutong -

Penduduk Kpg. Pasir Simpang Tiga hari ini telah menganjurkan majlis perhargaan untuk En. Hii King Chiong yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah - masalah yang dihadapi oleh penduduk Kpg Pasir. Majlis ini dihadiri hampir 100 orang dari Kpg Pasir Simpang 3 & Simpang 4 dan juga penduduk kampung lain dari sekitar Miri.

"Kami penduduk Kpg Pasir Simpang Tiga rasa bersyukur keatas bantuan En.Hii selama ini. Majlis yang sederhana ini sahaja yang dapat kami adakan sebagai tanda perhargaan. Kami tidak menduga beliau dapat menunaikan permohonan kami dalam waktu yang singkat. Tetapi sekarang, segalanya telah terbukti.Beliau seorang yang berpegang pada janji.", kata En.Henry Ak William yang mewakili penduduk - penduduk kampung.

Pada bulan November lepas, Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) yang diasaskan oleh En.Hii telah berjaya menaiktaraf jalan di Simpang Tiga Kpg Pasir.Selain itu,En.Hii juga memberi sumbangan peribadi kepada seorang penduduk yang kehilangan anaknya akibat kemalangan jalanraya.

Menurut En. Henry lagi, penduduk di sini telah beberapa kali memohon bantuan daripada pihak - pihak berkenaaan untuk menaiktarafkan jalan - jalan kampung namun rayuan mereka tidak mendapat perhatian.

En.Hii ketika diminta mengulas, dengan nada merendah diri beliau berkata, "Saya bersimpati dengan nasib penduduk di sini dan juga penduduk kampung lain di sekitar Miri. Selama ini mereka terabai, rayuan mereka tidak didengar. Saya dan juga kakitangan PKM HKC akan menabur khidmat bakti kami dalam membantu mereka yang memerlukan.Saya berharap usaha murni kami ini tidak disalahertikan.

Pada majlis ini juga, penduduk - penduduk kampung telah memohon bantuan untuk membina semula jambatan pejalan kaki yang telah usang.

"Kami akan membantu menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan memberi keutamaan kepada yang lebih memerlukan dan selebihnya kami akan sedaya upaya untuk menyudahkan satu persatu". jelas En.Hii.

Turutserta dalam rombongan ini ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Kr.Suzzane Lee, Kr.Lawrance Kong, Ketua Pemuda Supp Piasau, Keith Chin dan kakitangan PKM HKC. Penduduk kampung juga berkesempatan mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda SUPP Piasau, En.Keith Chin yang dilantik menjadi Ahli Majlis Bandaraya Miri baru - baru ini.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"79","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"359","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

En.Hii (3 dari kanan) dan En.Henry (4 dari kiri,barisan depan) bergambar bersama penduduk - penduduk kampung yang hadir ke majlis tersebut.