Lebih Banyak Parit Bakal Dibina Di Kampung Lereng Bukit

07.01.2016--Memberi bantuan kepada semua tanpa mengira warna kulit, projek perparitan di Kampung Lereng Bukit di bawah usaha Dato Hii King Chiong telah selesai.

Hii hari ini membuat lawatan pemeriksaan di Kampung Lereng Bukit dan menjelaskan bahawa lebih banyak parit konkrit akan dibina dalam masa terdekat kerana sistem perparitan yang sedia ada tidak memadai.

Beliau menerangkan bahawa empat parit konkrit yang dibina pada Disember tahun lepas dan berkos RM40,000 tidak memadai dalam mengawal aliran air semasa hujan lebat. Oleh itu, parit tambahan akan dibina bersebelahan parit sedia ada.

Jurutera bahagian Miri-Bintulu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee berkata parit tambahan dianggarkan berkos RM10,000 atau kurang dan kerja akan bermula dengan segera apabila jabatan tersebut menerima peruntukan pembinaan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2435","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]