Lawatan Ke Pasar Miri

08.03.13--En.Hii King Chiong pagi ini telah mengadakan lawatan ke beberapa pusat penjaja di sekitar Bandaraya Miri pagi.

Tujuan lawatan utama En.Hii yang juga pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) adalah untuk melihat dan mendengar masalah - masalah yang dihadapi oleh penjaja - penjaja.

Lokasi pertama beliau ialah Pusat Pasar Miri dan disusuli dengan Pusat Makanan Bersatu. Penjaja - penjaja di kedua - dua pusat ini mengadu mengenai masalah kerosakan kipas angin yang sering berlaku.

Menurut En.Hii, ‘Penjaja - penjaja di sini telah menghubungi pihak PKM HKC untuk mengadu mengenai masalah kerosakan kipas angin yang sering berlaku. Kerosakan ini telah menjejas perniagaan mereka dan saya akan cuba membantu sekadar yang termampu’.

Kemudian beliau meneruskan lawatan ke Pasar Ikan Miri, Tamu Kedayan dan beliau mengakhiri lawatannya ke Gerai Wawasan. Kehadiran rombongan En.Hii disambut mesra oleh penjaja - penjaja serta orang ramai yang ingin bersalaman dengan beliau.

En.Hii turut ditemani oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Kr Suzanne Lee Tze Ha, Penguasa Kesihatan Majlis Bandaraya Miri (MBM), En.James Wong, Pegawai Kesihatan MBM, En.Mohd Johari, ahli - ahli MBM, Kr Lawrance Chai, Kr Keith Chin dan beberapa pegawai dari pelbagai jabatan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"947","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Mohd Johari sedang memberi penerangan mengenai masalah yang sering dihadapi oleh penjaja- penjaja di Pasar Pusat Miri. Turut kelihatan ialah En.James (kanan) dan Kr Lawrance (kiri).
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"948","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Bertemu Kawan Lama...En.Hii beramah mesra dengan salah seorang penjaja di Pasar Pusat Miri sambil diperhatikan oleh Kr Keith dan Kr Lawrance.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"949","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii bersama - sama Kr Suzanne (kanan), Kr Lawrance (2 dari kiri), Kr Keith (kiri) dah penjaja - penjaja.