King Chiong Mengunjungi Tiga Kawasan Untuk Memahami Isu-Isu Kehidupan Rakyat

21.04.2016--Ketua Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini membuat lawatan khas ke tiga kawasan untuk memahami masalah-masalah penduduk tempatan dan akan membuat perancangan untuk menaik taraf parit, jalan dan gereja.

Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Baithani terletak di Jalan Pujut 3. Pengerusinya, Agan Maran berkata beliau berharap Hii dapat membantu meminta kerajaan negeri meluluskan permohonan tapak untuk tujuan pembinaan gereja baharu.

BEM Baithani tidak dapat lagi menampung hampir 900 ahli gereja untuk perkhidmatan ibadat kerana kawasannya yang terhad. Maran sebelum ini telah membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk tapak bersebelahan dengan gereja bagi tujuan pembinaan gereja baharu tetapi tidak berhasil.

Hii berkata beliau akan merujuk rancangan projek tersebut kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Hii juga mengunjungi dua kawasan kampung di Jalan Pujut 8 untuk meninjau isu-isu keperluan penduduk tempatan.

Kawasan-kawasan itu sering menghadapi banjir dan para penduduk berharap Hii akan membantu membuat permohonan penurapan jalan dengan tar untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selain daripada masalah banjir, Kampung Merapak juga menghadapi kekurangan dari segi bekalan elektrik dan ketiadaan alamat rumah. Penduduk tempatan berharap tanah kerajaan negeri itu dapat ditukar status kepada tanah kediaman.

Hii berkata beliau akan merujuk masalah rakyat dan cadangan kepada Ketua Menteri. Beliau berjanji membuat lebih banyak sumbangan untuk Miri dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Beliau merayu kepada rakyat untuk menyokong Pasukan Adenan dan memberinya peluang untuk terus berkhidmat kepada penduduk Miri dan menjadikan Miri sebuah bandaraya yang lebih baik.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2720","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]