Keselesaan Mempertingkatkan Keuntungan...

20.12.12--Penjaja - penjaja Pasar Malam Saberkas dan juga pengunjung - pengunjung pasar malam tersebut akan menikmati pasarana yang lebih selesa apabila kerja - kerja pemasangan atap siap sepenuhnya tidak lama lagi. Projek pemasangan atap yang bernilai hampir RM400 ribu ini telah diumumkan oleh Datuk Bandaraya Miri (MBM) Kr Lawrance Lai ketika melawat tapak projek pagi tadi. Turut bersama beliau ialah pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) En.Hii King Chiong.

Kr Lawrance menjelaskan sebelum ini pihak MBM menerima banyak permohonan daripada penjaja Pasar Malam Saberkas tetapi oleh kerana tiada peruntukan maka permohonan tersebut ditolak. Projek pemasangan atap ini mula mendapat nafas baru apabila En.Hii bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak MBM dalam mendapatkan dana pemasangan atap tersebut.

"Kami menerima banyak permintaan daripada penjaja - penjaja agar Pasar Malam ini dipasang atap untuk keselesaan tetapi kami tidak dapat menunaikannya kerana kos pemasangan diluar kemampuan kami. Saya juga difahamkan mereka telah mangajukan permohonan mereka kepada wakil - wakil rakyat tetapi hingga kini tiada keputusan positif. Kami sangat gembira apabila En.Hii sudi membantu untuk mendapatkan peruntukan tersebut", jelas beliau sambil memuji sikap prihatin En.Hii dalam sama - sama meringakan bebanan MBM.

Menurut Kr Lawrance lagi peruntukan RM400 ribu tersebut termasuk keseluruhan kos naiktaraf dan akan menggunakan canopi ala arabian. Setakat ini terdapat 200 penjaja sepenuh masa yang berniaga disini. Tambah beliau lagi, MBM akan memasang 36 canopi dan jumlah itu mencukupi bagi semua gerai
- gerai yang ada disitu.Dengan wajah baru ini, penjaja dan juga pengunjung Pasar Malam Saberkas akan menikmati suasana yang lebih selesa berbanding sebelum.

" PKM HKC mendengar rintihan mereka. Kami ingin bekerjasama dan membantu MBM dengan kemudahan yang kami sedia ada. Kami melakukan semua ini bukan semata-mata untuk menunjuk- nunjuk, kami cuma ingin membantu masyarakat yang memerkukannya", jelas En.Hi ketika diminta mengulas tindakan proaktif beliau dalam menangani isu ini.

Kerja - kerja pemasangan atap ini akan diadakan secara berperingkat. Peringkat pertama dijangka siap sebelum akhir bulan ini, Manakala peringkat kedua pula akan siap sepenuhnya pada Januari 2013.

Lawatan kerja MBM dan En.Hii ke beberapa lokasi sekitar bandaraya ini turut disertai Kr Lawrance Kong, Kr Keith Chin, Kr Hjh. Lela Mohamad, Jurutera Kanan MBM En.Chai Koh Het, Pegawai - pegawai MBM, Pengerusi PBB Cawangan Pujut En.Abu Bakar Hj.Amit, Ketua Pemuda PBB Cawangan Piasau En.Affendi Jawawi, Ketua Pemuda PBB Cawangan Senadin En. Mohd Tinggal dan wartawan media massa tempatan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"144","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"359","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii (3 dari kiri) dan Kr Lawrance Lai (4 dari kiri) serta rombongan ketika menijau tapak Pasar Malam Saberkas.