Kerja Penurapan Semula Jalan Pinang 2A Riam Selesai

14.09.2015--Kerja penurapan semula Jalan Pinang 2A Riam bermula minggu lepas dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini membuat lawatan ke kawasan tersebut bagi memeriksa perkembangan kerja menaik taraf.

Turut hadir ialah kaunselor-kaunselor James Hii, Bruce Chai, Keith Chin, Sim Poh Giap dan pegawai Majlis Bandaraya Miri.

Hii berkata walaupun kerja penurapan telah selesai, beliau mendapati beberapa bahagian jalan yang tidak dibaiki dan meminta pihak berkuasa yang berkenaan untuk melakukan kerja pembaikan yang sewajarnya.

Para penduduk sebelum ini meminta bantuan Majulah Miri. Pada 5 September, Hii dan beberapa kaunselor telah membuat lawatan ke kawasan itu untuk lebih memahami situasi tersebut dan kerja pembaikan jalan dimulakan dengan segera minggu lepas. Hii dipuji oleh penduduk atas perkhidmatan beliau yang sungguh efisien.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2252","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]