Kawasan Kampung Dibaiki Dengan Batu Kerikil, Tiada Lagi Jalan Berlubang Dan Berlumpur

21.10.2015--Kerja membaiki jalan dengan batu kerikil di Jalan Kampung Pasir Lutong Simpang Dua telah siap beberapa hari yang lalu. Para penduduk kampung berterima kasih kepada Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong atas bantuan beliau dalam menambah baik kualiti persekitaran hidup penduduk setempat.

Juga pengasas Majulah Miri, Hii, bersama dengan kaunselor-kaunselor Siew Tick Chai, James Hii, Kok Yung Kai, Naib Pengerusi UPP Piasau Tay Choon Wei dan lain-lain lagi, kembali ke Kampung Pasir untuk menjaga keperluan rakyat.

Hii amat gembira dengan jalan yang telah dinaik taraf dan berharap ia akan meningkatkan kualiti persekitaran hidup penduduk kampung.

Kata penduduk tempatan kepada pemberita, Hii ternyata seorang yang menepati janji dan memberikan perkhidmatan yang cekap berbanding dengan ahli-ahli politik dan organisasi lain.

Penduduk kampung berkata bahawa mereka telah berulang kali meminta bantuan daripada wakil rakyat dan parti-parti politik mengenai berbagai-bagai masalah dan juga mengemukakan surat permohonan serta maklumat seperti yang diminta tetapi tidak menerima sebarang maklum balas. Rasa kecewa, mereka berpaling kepada Hii untuk mendapatkan bantuan.

Mereka berkata bahawa Hii tidak pernah menolak permintaan yang munasabah daripada penduduk kampung dan beliau sentiasa berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati dan memberi bantuan setinggi-tinggi kemampuannya.

Penduduk kampung juga meminta Hii untuk membantu menaik taraf beberapa infrastruktur asas yang lain.

Mereka meminta batu kerikil untuk membaiki jalan berlubang di lorong-lorong kecil dan berharap Hii akan membantu membaiki jambatan kampung bagi memastikan keselamatan pengguna.

Hii bersetuju untuk memberi bantuan yang sewajarnya demi meningkatkan kualiti hidup mereka.

Hii berkata seseorang tidak harus mempunyai agenda peribadi dalam pemberian perkhidmatan kepada rakyat dan ini adalah satu prinsip asas berkhidmat kepada negara dan rakyat. Beliau percaya bahawa ketekunan dan keikhlasan akan memperoleh persahabatan dan penghormatan yang sejati.

“Penduduk kampung yang tinggal di kawasan Lutong adalah golongan yang hidup dalam kesusahan. Walaupun menghadapi keterbatasan, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk membantu dan tidak akan mengecewakan penduduk kampung kerana masalah mereka adalah masalah Hii King Chiong. Asalkan rakyat hidup senang dan gembira, saya sudah cukup berpuas hati.”

Beliau berpendapat bahawa kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang harus mempelajari untuk mengetepikan permusuhan mereka dan bekerjasama untuk berkhidmat kepada rakyat. Asalkan semua orang boleh bekerjasama, masalah rakyat akan dapat diselesaikan secara beransur-ansur.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2367","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]