Juhaili Berterima kasih Kepada Hii King Chiong Atas Bantuan Menaik Taraf Infrastruktur Sekolah

26.01.2016--Guru Besar SK Sayed Othman Juhaili Junaidi berterima kasih kepada Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong atas bantuan menaik taraf pelbagai infrastruktur sekolah supaya para guru dan pelajar akan dapat menikmati suasana pembelajaran yang lebih baik.

Zuhaili berkata demikian kepada orang ramai selepas meninjau kemajuan pembinaan hari ini bersama dengan Hii dan lain-lain lagi.

Hii menyumbang tiga penghawa dingin dan lima lori batu kelikir dan membantu membaiki tempat letak kereta dan laluan jalan pada bulan September tahun lepas. Beliau juga membantu membina dua tandas guru dan meletakkan jubin di atas lantai koridor di luar bilik darjah.

Dato Hii berterima kasih kepada pihak kerajaan berkenaan atas bantuan mereka dan orang ramai atas kepercayaan dan sokongan mereka terhadap pusat khidmatnya yang telah memastikan tugas dan misi boleh diselesaikan dengan sempurna. Beliau berjanji akan terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan menjaga keperluan dan kepentingan rakyat.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2458","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]