Jalan Ini Akan Berwajah Baru - Jln Simpang 4 Kpg Pasir, Lutong

Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong yang diterajui oleh ahli perniagaan dermawan, En Hii King Chiong telah bersetuju untuk menaiktaraf jalan Simpang 4 dan beberapa jalan di sekitar Simpang 3 Kpg.Pasir.

Pengumuman ini dibuat oleh En.Hii ketika meninjau jalan ini bersama - sama penduduk Kpg Pasir tengahari tadi.Kerja - kerja menaiktaraf akan bermula minggu hadapan dan keseluruhan kos ditanggung sendiri oleh En.Hii.

En.Hii yang diiringi oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Kr Suzzane Lee, Kr Lawrance Kong, En.Keith Chin yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaran Miri dan mediamassa, diundang oleh penduduk - penduduk kampung untuk menghadiri Majlis Perhargaan yang dianjur khas untuk En.Hii.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"80","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"359","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]