Jalan Di Kawasan Perumahan Tidak Pernah Dibaiki Selama 30 Tahun, Penduduk Mengeluh Ketidakcekapan Wakil Rakyat

05.09.2015--Para penduduk mengeluh ketidakcekapan wakil rakyat kerana jalan di kawasan perumahan mereka tidak pernah dibaiki selama 30 tahun.

Penduduk Ting Poh Kiew, yang telah menetap di Jalan Periwinkle 1, Pin Fook Garden selama 30 tahun hari ini tampil ke depan untuk membuat aduan ketika Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong sedang membuat pemeriksaan ke atas masalah jalan raya di kawasan itu bersama dengan kaunselor-kaunselor dan lain-lain lagi.

Katanya, sejak berpindah ke kawasan itu, beliau tidak pernah melihat pihak berkuasa berkenaan melakukan sebarang kerja pembaikan jalan. Jalan berkenaan berada dalam keadaan yang teruk dan permukaannya juga tidak sekata.

Beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa membaiki jalan yang rosak teruk di luar rumahnya dengan menggunakan perbelanjaan sendiri kerana aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa tidak mendatangkan sebarang hasil.

Tambahnya lagi, beliau telah membuat aduan berkali-kali kepada wakil rakyat semasa lawatan-lawatan pemeriksaan sebelum pilihan raya, tetapi tidak berhasil juga.

Hii, prihatin dengan masalah itu, dengan segera meminta kaunselor-kaunselor James Hii, Siew Tick Chai dan Kok Yung Kai mengambil perhatian dan merujuk masalah ini kepada Majlis Bandaraya Miri supaya kerja pembaikan dapat dimulakan dengan secepat mungkin.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2222","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]