Hii Meninjau Masalah Parit, Projek Menaik Taraf Diluluskan

19.04.2016--Projek menaik taraf parit sepanjang 487 meter yang akan menelan perbelanjaan RM500,000 telah diluluskan and dijangka bermula selepas pilihan raya negeri.

Calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong, bersama dengan ahli pasukannya, hari ini membuat lawatan pemeriksaan untuk meninjau masalah parit di Lorong 1D, Piasau Jaya Fasa Satu. Beliau berkata parit tersebut tidak pernah dibaiki sejak tiga pilihan raya lepas (lebih daripada 15 tahun).

Penduduk berkata retakan dan sumbatan pada parit sering menyebabkan banjir kilat dan aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tetapi tidak terjawab.

Jurutera bahagian Miri-Bintulu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee berkata cadangan projek menaik taraf yang dikemukakan oleh jabatannya kepada kerajaan telah pun diluluskan dan projek tersebut akan dimulakan apabila peruntukan diterima. Peruntukan dijangka akan diterima selepas pilihan raya negeri nanti.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2689","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"318","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]